Artikel Terbaru

PETIKAN BERITA: Empat syarikat usaha sama dapat lesen... KERAJAAN meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama. Syarikat berkenaan ialah usaha sama American International Assurance Bhd (70 peratus) dengan Alliance Bank...

Readmore

PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label... KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan sebagai tidak sah penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ sebagai label bagi beras keluaran syarikat Faiza Sdn Bhd. Hakim Datuk Azahar...

Readmore

Polisi Takaful Untuk Suami Tahukah anda seseorang isteri boleh mengambil takaful untuk suaminya? Ini boleh dilakukan dengan isteri akan menjadi peserta kepada pelan takaful tersebut manakala si suami akan menjadi orang yang dilindungi. Si...

Readmore

Perlindungan Takaful Termurah, Hanya RM50 Sebulan! MAA Takaful tidak lupa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan menawarkan pakej takaful dengan caruman bulanan serendah RM50 sebulan. Dengan RM50 sebulan, anda akan mendapat manfaat seperti...

Readmore

MAA Takafulink Pendidikan - Pelan Simpanan Pendidikan... PENGENALAN Kos pendidikan meningkat saban tahun dan bagi setiap insan yang bergelar ibu-bapa perlu menyediakan satu dana yang terjamin bagi memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke menara...

Readmore

Teralogies – Inovatif, Kreatif, Kritis Rss

Apa Itu Harta Intelek? (Pengenalan Kepada Harta Intelek 2)

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Harta Intelek | Posted on 16-09-2009

0

Salam dan selamat sejahtera. Untuk tambahan kepada artikel saya yang lepas berkenaan pengenalan kepada harta intelek, saya akan memberikan pengenalan apakah itu harta intelek sebagaimana pengenalan yang diberikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia menerusi laman webnya http://www.myipo.gov.my.

Harta intelek merujuk kepada ciptaan yang diperoleh dari akal fikiran termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai bentuk sama ada gambar atau lukisan dan reka bentuk yang digunakan di dalam perdagangan atau perniagaan.

Harta intelek terbahagi kepada dua kategori iaitu Harta Industri dan Hak Cipta. Harta Industri merangkumi Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian dan Petunjuk Geogragi. Hak Cipta pula merangkumi hasil kerja sastera dan seni seperti novel, puisi, persembahan, filem, hasil karya muzik, lukisan, gambar, ukiran dan reka bentuk bangunan. Hak-hak berkaitan Hak Cipta juga melibatkan persembahan artis, penerbitan rakaman bunyi dan juga program-program dalam penyiaran radio dan televisyen.

Satu lagi cabang harta intelek yang tidak dinyatakan sebelum ini ialah Variati Tumbuhan (Plant Variety). Variati Tumbuhan merujuk kepada hak eksklusif yang diberikan kepada pengusaha atau pembiak baka tumbuhan untuk mengeksploitasi kepelbagaian baka baru bagi tumbuhan. Walaubagaimanapun, urusan pentadbiran dan pendaftaran Variati tumbuhan tidak dijalankan oleh MyIPO, sebaliknya dijalankan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Sekian untuk kali ini..

Pengenalan Kepada Harta Intelek

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Harta Intelek | Posted on 08-09-2009

0

intellectual-property

Salam dan selamat sejahtera. Untuk pos kali ini, saya akan menerangkan secara umum mengenai harta intelek.  Secara umumnya, harta intelek bolehlah didefinasikan sebagai satu bentuk monopoli yang diiktiraf undang-undang ke atas hasil kerja atau ciptaan yang dicetuskan menerusi pemikiran.

Harta intelek terbahagi kepada 6 cabang utama iaitu Cap Dagangan (Trademark), Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design), Paten, Hak Cipta (Copyright), Petunjuk Geografi (Geographical Indication) dan Reka Bentuk Litar Bersepadu (Integrated Circuit Design). Undang-undang berkaitan harta intelek di Malaysia ditadbir oleh 6 akta yang berasingan iaitu Akta Cap Dagangan 1976, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987, Akta Petunjuk Geografi 2000 dan Akta Reka Bentuk Litar Bersepadu 2000.

Badan yang bertanggungjawab menyelia pentadbiran harta intelek di Malaysia ialah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. MyIPO bertangungjawab dalam menjalankan proses pendaftaran dan pengeluaran sijil bagi Cap Dagangan, Reka Bentuk Industri, Paten, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Litar Bersepadu. Harta Intelek di bawah cabang Hak Cipta tidak memerlukan sebarang pendaftaran kerana perlindungan hasil karya di bawah Hak Cipta adalah diiktiraf secara automatik oleh undang-undang.

Untuk pos yang akan datang, saya akan menerangkan dengan lebih terperinci bagi setiap cabang harta intelek.

Wassalam..

Salam Permulaan

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Umum | Posted on 01-09-2009

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman blog sulung saya ini. Ketika pos pertama untuk blog ini diterbitkan, laman ini masih lagi kosong dan masih banyak yang perlu diperbaiki. Perancangan untuk membina blog ini telah lama dirancang sejak tahun 2008 lagi tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen-komitmen lain, maka perancangan tersebut telah tergendala. Bermula 1 september 2009, saya akan memulakan ‘karier’ terbaru saya sebagai penulis blog dan akan sedaya berusaha untuk sentiasa mengemaskini kandungan blog ini.

Blog ini akan memaparkan perkongsian idea dalam pelbagai isu terutama yang berkaitan dengan dunia IT, isu-isu berkaitan harta intelek, dunia perniagaan dan perkembangan teknologi dan inovasi di dalam dan luar negara. Topik-topik tersebut dipilih berdasarkan kecenderungan dan minat saya dan tidak terkecuali lain-lain topik yang dirasakan sesuai untuk blog ini.

Akhir sekali, saya menyeru pembaca untuk berkongsi pandangan dan idea untuk memperbaiki isi kandungan blog ini.

Sekian untuk kali ini. Berjumpa kita pada pos yang akan datang.