MAA Takafulink

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 19-10-2010

8

Sebelum ini saya telahpun menyiarkan beberapa produk MAA takaful di dalam blog ini yang pada umumnya menarik minat ramai pelawat laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk tersebut. Dua produk yang paling mendapat sambutan ialah MAA Takafulink Wanita dan Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic. Majoriti pelawat singgah ke laman web ini melalui enjin carian dan Alhamdulillah, laman Teralogies menduduki antara laman web teratas bagi beberapa kata kunci seperti ‘MAA Takaful’, ‘Kad Perubatan MAA Takaful’ dan ‘Hibah Takaful’. Dan saya ramai mendapat pelanggan takaful hasil dari carian di laman carian seperti Google dan Yahoo. Tak sia-sia juga saya banyak menghabiskan masa untuk belajat tentang Search Engine Optimization (SEO) bagi laman Teralogies ini mudah dicari oleh enjin-enjin carian.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang produk utama yang menjadi teras kepada produk-produk MAA Takaful yang lain, iaitu MAA Takafulink. MAA Takafulink merupakan produk takaful berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian dan hilang upaya kekal dan manfaat-manfaat tambahan lain disamping peserta berpeluang membuat pelaburan kewangan menerusi pelan ini di dalam dana-dana syariah MAA Takaful. MAA Takafulink telah pun dua tahun berturut-turut memenangi anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009 dan 2010 sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur tahun 2009 dan 2010. Kemenangan adalah berdasarkan keunikan produk dan nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang digunakan.

Kemalangan – Satu Ancaman di Malaysia

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 12-10-2010

0

Baru baru ini kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan yang begitu trajis pada tarikh keramat 10.10.10.  Kemalangan tersebut telah mengorbankan 12 orang dan ramai yang cedera.

Rasanya tiada di kalangan mangsa yang terlintas di fikiran yang mereka akan menjadi mangsa kemalangan pada hari tersebut. Nama pun kemalangan, bukannya boleh dijangka dan diramal. Kemalangan boleh berlaku akibat kecuaian kita sendiri dan juga hasil kecuaian orang lain. Ini bermakna, tiada siapa yang terlepas dari musibah kemalangan jalan raya ini.

Saya sendiri pernah terlibat dalam beberapa kemalangan kecil semasa memandu dan semasa menunggang motosikal. Pada dasarnya kemalangan tersebut bukanlah kerana kelalaian saya tetapi akibat sikap pemandu lain yang tidak mengambil kisah pemandu atau penunggang lain yang ada di jalan raya.

Kemalangan boleh mengakibatkan kematian segera. Manusia boleh hilang nyawa sekelip mata akibat kemalangan. Anak boleh kehilangan bapa, isteri boleh kehilangan suami dan seterusnya. Persoalannya sekarang adakah kita sudah bersedia untuk kehilangan orang tersayang dan pernahkah kita bersedia untuk meninggalkan sesuatu yang bermanfaat buat keluarga tersayang jika berlaku kematian segera ini?

Di sinilah perlindungan takaful mengambil tempat.  Sistem takaful mampu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan terutama yang kehilangan nyawa itu adalah seorang ketua keluarga. Wang hasil dari pampasan takaful akan dapat mengurangkan beban keluarga untuk meneruskan kehidupan.

Kita bukan minta untuk mati, tapi kita diingatkan untuk sentiasa mengingati mati. Buatlah persediaan yang cukup dengan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk keluarga. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.

e-Takaful – Permohonan Takaful Secara Online

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 04-10-2010

8

PENGENALAN

Kepada yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membuat temujanji untuk mendaftar permohonan takaful, saya melalui laman blog Teralogies secara rasmi menawarkan perkhidmatan pendaftaran takaful secara online.  Pendaftaran ini terbuka kepada semua penduduk di seluruh Malaysia.

Sebelum ini saya telahpun mengendalikan beberapa permohonan takaful secara online sejak MAA Takaful memperkenalkan e-application untuk proses pendaftaran takaful. Terbukti proses permohonan secara online lebih cepat diproses dan mendapat kelulusan lebih pantas. Ada beberapa permohonan telah diluluskan hanya selepas 3 hari permohonan dihantar secara online. Antara pelanggan-pelanggan saya yang telah menggunakan proses pendaftaran secara online ini adalah dari negeri-negeri yang jauh dari Lembah Klang seperti Pahang, Johor dan Pulau Pinang.

Klik Baca Lagi untuk proses pendaftaran

Barangan China, kualiti dan harga

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Jenama | Posted on 01-10-2010

4

Ketika ini, Negara kita dilambakkan dengan produk elektronik dari negara China. Televisyen, pemain DVD dan telefon bimbit antara barangan dari China yang banyak dijual di negara kita.

Jika dulu, kita hanya mendengan jenama-jenama besar seperti Panasonic, Samsung, LG dan Toshiba sebagai jenama utama barangan-barangan elektrik dan elektronik di pasaran. Namun pada hari ini, muncul pelbagai jenama-jenama yang cukup asing bagi kita seperti Konka, Tobishi, Weige, Nuodi dan sebagainya. Jenama-jenama ini mewakili pelbagai produk barangan terutamanya barangan elektrik.

Sejauh mana jenama-jenama baru ini boleh menawarkan produknya? Jawapannya ialah pada kualiti barangan. Semua sedia maklum barangan buatan negara China yang datang dengan jenama baru agak diragui kualitinya. Barangan ini seumpama barangan pakai buang di mana ia hanya oleh digunakan untuk tempoh seketika sahaja. Berbanding barangan yang dikeluarkan oleh jenama-jenama terkemuka, kualitinya diakui dan boleh digunakan dalam tempoh yang panjang.

Saya sendiri mempunyai pengalaman menggunakan barangan dari China dari jenama yang tidak terkenal yang pada umumnya memang mengecewakan. Pemain DVD hanya bertahan kurang dari dua tahun. Mungkin kerana harganya yang murah maka kualitinya pun murah. Sebuah telefon bimbit berjenama Malaysia tetapi dibuat di negara China tidak berfungsi dengan baik dan selalu ‘hang’ dan tidak stabil. Bateri cepat mengering walaupun hanya menggunakan aplikasi-aplikasi biasa seperti sms dan melayari wap.