PENGUMUMAN

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 13-09-2011

0

KEPADA PENGUNJUNG LAMAN INI YANG ADA MENGANTAR PERTANYAAN MENERUSI EMEL ATAU RUANGAN KOMEN, JIKA TIADA SEBARANG BALASAN SELEPAS 3 HARI, HARAP DAPAT TELEFON ATAU SMS TERUS KEPADA SAYA. ADA KEMUNGKINAN EMEL ANDA SAYA TERLEPAS PANDANG.

JIKA ANDA TINGGAL DI SEKITAR LEMBAH KLANG, ANDA BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA UNTUK MENETAPKAN SESI PERTEMUAN. SESI PERTEMUAN SECARA BERSEMUKA ADALAH LEBIH MUDAH UNTUK SAYA TERANGKAN KEPERLUAN TAKAFUL ANDA SECARA TERPERINCI.

AZIZI ZULKEFLI

019-371629

MAA Takaful – Pengurusan Agensi Terbaik!

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 13-09-2011

0

PETIKAN BERITA: MAA Takaful Menangi Anugerah Antarabangsa Bagi Inovasi

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 08-09-2011

0

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — MAA Takaful Bhd memenangi anugerah pada Anugerah Inovasi Financial Insights — Insurance (FIIA-Insurance) daripada IDC Financial Insights, yang diadakan pada Kongres Insurans Asia di Singapura minggu lepas.

Dalam satu kenyataan Rabu, MAA Takaful berkata program FIIA-Insurance oleh IDC Financial Insights itu mengiktiraf pencapaian penanggung insurans Asia Pasifik dalam menggunakan inovasi untuk mencari kelainan dalam perniagaan.

Ia berkata anugerah FIIA itu diberikan bagi sistem pengurusan agensi dan automasi jualan, ‘Innovative Consultation Management System (iCMS)’, yang dibangunkannya dalam tempoh dua tahun.

Ketua pegawai eksekutifnya, Salim Majid Zain, berkata pengiktirafan itu mencerminkan komitmen untuk membangunkan penyelesaian inovastif yang direka khas untuk menyediakan ‘penyelesaian setempat’ bagi tenaga agensinya.

“iCMS MAA memperkasakan ejen-ejen kami untuk menjalankan perniagaan dengan cekap. Anugerah ini juga bertindak sebagai sokongan untuk mengesahkan MAA Takaful sebagai syarikat agensi No. 1 dengan sistem pengurusan No. 1,” tegas beliau.

– BERNAMA