Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Hak Cipta, Harta Intelek | Posted on 15-06-2010
8
Undang-undang perlu dipinda bagi membolehkan kerajaan mengawal kegiatan cetak rompak dan muat turun secara haram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri.
Katanya, peruntukan sedia anda menghalang penguatkuasaan ke atas kegiatan tersebut yang semakin berkembang dengan kepesatan teknologi baru.
Beliau juga meredakan kebimbangan orang ramai terhadap pindaan Akta Hakcipta, yang dikhuatiri akan memberi ruang kepada penguatkuasa bagi menceroboh kediaman mereka dan mencari bahan-bahan terlarang berkenaan.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Cap Dagangan, Hak Cipta | Posted on 09-06-2010
2
Saya telah mendapat satu pertanyaan dari pembaca blog ini tentang perbezaan di antara nama syarikat dan cap dagangan. Antara kekeliruan yang ditanya adalah sama ada nama syarikat boleh digunakan sebagai cap dagangan dan apa perlunya daftar cap dagangan sedangkan nama syarikat telah berdaftar.
Untuk pengetahuan semua, nama syarikat dan cap dagangan adalah dua perkara yang berbeza. Pendaftaran nama syarikat adalah lesen untuk seseorang memulakan perniagaan manakala pendaftaran cap dagangan adalah satu langkah untuk melindungi jenama sesuatu produk ditiru atau digunakan secara tidak sah oleh orang lain.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Hak Cipta, Harta Intelek | Posted on 17-05-2010
9
Hak cipta merupakan salah satu cabang daripada harta intelek dan hasil kerja berkaitan hak cipta dilindungi oleh undang-undang. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang biasa ditanya berkenaan hak cipta yang diambil dari sumber MyIPO.
1. Apakah itu hakcipta?
Hakcipta adalah hak esklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka di Malaysia.
2. Apakah akta yang melindungi hakcipta?
Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.
3. Apakah karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta?
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah:
(i) Karya sastera;
(ii) Karya muzik;
(iii) Karya seni;
(iv) Filem;
(v) Rakaman bunyi;
(vi) Siaran (broadcast); dan
(vii) Karya terbitan.