Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 02-09-2010
0
KERAJAAN meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama.
Syarikat berkenaan ialah usaha sama American International Assurance Bhd (70 peratus) dengan Alliance Bank Malaysia Bhd (30 peratus); AMMB Holdings Bhd (70 peratus) dengan Friends Provident Group plc, UK (30 peratus); serta ING Management Holdings (M) Sdn Bhd (60 peratus) dengan Public Bank Bhd (20 peratus) dan Public Islamic Bank Bhd (20 peratus).
Sebuah lagi syarikat usaha sama ialah antara The Great Eastern Life Assurance Company Ltd (70 peratus) dengan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (30 peratus).
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 25-08-2010
1
Tahukah anda seseorang isteri boleh mengambil takaful untuk suaminya? Ini boleh dilakukan dengan isteri akan menjadi peserta kepada pelan takaful tersebut manakala si suami akan menjadi orang yang dilindungi.
Si isteri boleh mengambil polisi takaful untuk suaminya jika merasakan diri isteri tidak akan terbela jika berlaku musibah terhadap suaminya. Sebagai contoh, suami yang negatif terhadap takaful, si isteri yg punya kesedaran kepentingan takaful boleh mengambil pelan takaful untuk suaminya dan jika berlaku musibah kematian terhadap suaminya, ke semua wang pampasan akan automatik menjadi hak isteri.
Satu lagi situasi di mana suami mempunyai hutang keliling pinggang. Jika si suami meninggal, sudah pasti isteri yang akan menanggung hutang si suami. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, isteri boleh mengambil polisi untuk suaminya dan jika berlaku kematian terhadap suaminya, isteri akan mendapat sepenuhnya wang pampasan yang boleh digunakan untuk selesaikan hutang suami dan bakinya boleh digunakan untuk diri sendiri.
Jadi, kepada isteri-isteri yang prihatin, mungkin anda boleh menyelamatkan diri anda dari masalah selepas kematian suami dengan mengambil satu polisi takaful untuk suami.
Azizi Zulkefli
Perunding Takaful
MAA Takaful Berhad
Tel: 019-3781629
E-Mel: azizizulkefli@yahoo.com / azizizulkefli@gmail.com
Laman Web: http://www.teralogies.com
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 12-08-2010
2
MAA Takaful tidak lupa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan menawarkan pakej takaful dengan caruman bulanan serendah RM50 sebulan.
Dengan RM50 sebulan, anda akan mendapat manfaat seperti berikut:
Pampasan Kematian: RM50,000
Pampasan Hilang Upaya Kekal: RM50,000
Pampasan 36 Penyakit Kritikal: RM10,000
Elaun Hospital: RM50 sehari
Elaun Pembedahan: RM1500
Caruman bulanan menjadi percuma jika menghidap 36 penyakit kritikal.
Contoh Polisi dengan caruman RM50 sebulan:

Maklumat lanjut, hubungi saya:
Azizi Zulkefli
Perunding Takaful
MAA Takaful Berhad
Tel: 019-3781629
E-Mel: azizizulkefli@yahoo.com / azizizulkefli@gmail.com
Laman Web: http://www.teralogies.com
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful, Umum | Posted on 11-08-2010
0

PENGENALAN
Kos pendidikan meningkat saban tahun dan bagi setiap insan yang bergelar ibu-bapa perlu menyediakan satu dana yang terjamin bagi memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Simpanan di institusi bank atau saham amanah tidak menjaminkan simpanan yang berterusan jika sesuatu musibah berlaku kepada ibu bapa seperti kematian atau hilang upaya kekal. Dengan ini, simpanan menerusi pelan MAA Takafulink Pendidikan menawarkan satu pelan simpanan yang komprehensif dan terjamin untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 04-08-2010
9

MAA Takaful sekali lagi telah merangkul anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2010 (KLIFF). Ini bermakna MAA Takaful telah menerima anugerah ini dua tahun berturut-turut 2009 & 2010 dan tiada sebarang kesangsian lagi bahawa produk MAA Takaful adalah yang terbaik.
Kepada yang masih lagi tercari-cari produk takaful yang bersesuaian dengan anda, jangan ragu lagi, pilihlah MAA Takaful sebagai pengendali takaful pilihan anda dan juga keluarga.
Azizi Zulkefli
Perunding Takaful
MAA Takaful Berhad
Tel: 019-3781629
E-Mel: azizizulkefli@yahoo.com / azizizulkefli@gmail.com
Laman Web: http://www.teralogies.com
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful, Umum | Posted on 30-07-2010
0
Kenapa kita menyertai takaful? Adakah kerana kita nak dapat elaun ribuan ringgit bila masuk hospital? Atau adakah untuk tujuan pelaburan?
Masih ramai di luar sana yang masih tidak jelas tentang keperluan takaful. Ramai yang menyertai takaful hanya sekadar cukup syarat atau dalam kata lain ‘asalkan ada cover’. Tetapi adakah apa yg diperoleh menerusi sesebuah pelan takaful memenuhi matlamat asal pemilikan sesuatu polisi takaful.
Sesebuah pelan takaful berdiri di atas pelan asas iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Sudah menjadi kelaziman setiap pelan asas didatangkan bersama dengan manfaat tambahan atau rider bagi member lebih pilihan manfaat kepada peserta. Namun begitu, setiap manfaat tambahan tidak diberikan secara percuma kerana ianya tertakluk kepada caj-caj yang tertentu. Di dalam sistem takaful, caj-caj ini dikenali sebagai caj-caj tabarru’.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 27-07-2010
4

Kepada sesiapa yang tidak pernah lagi melihat rupa polisi MAA Takaful, gambar di atas menunjukkan Polisi MAA Takaful milik klien-klien saya sebelum ianya dihantar kepada mereka.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 19-07-2010
0
Pernahkan anda menyemak semasa anda meletakkan penama dalam borang penama takaful atau insurans sama ada ianya berada di dalam instrumen wasi atau hibah. Kedua-dua instrumen ini mempunyai kaedah pembahagian yang berbeza dan jika tidak berhati-hati, penama boleh menanggung dosa akibat tidak mengetahui cara sepatutnya wang pampasan takaful itu dibahagikan.
Majoriti pengendali insurans dan takaful di Malaysia menggunakan kaedah penama sebagai pemegang amanah atau wasi terhadap wang pampasan insurans atau takaful yang diterima. Sebagai pemegang amanah, seseorang itu tidak berhak secara sepenuhnya terhadap wang tersebut dan wang tersebut akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka yang akan dibahagikan secara kaedah faraid.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful, Umum | Posted on 18-07-2010
6

PENGENALAN
MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan yang direka khusus untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal, perlindungan 36 penyakit kritikal, perlindungan penyakit-penyakit khas wanita dan juga perlindungan komplikasi kehamilan. Pelan ini juga didatangkan bersama kad perubatan yang memberi kemudahan rawatan terbaik di hospital-hospital swasta terpilih di seluruh negara.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 17-07-2010
2

PENGENALAN
Rukun Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang untuk menunaikan haji di Mekah. Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga penyakit kritikal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.