Isu Ko-Takaful Kad Perubatan SmartMedic 100

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 10-02-2011

0

Saya dan ejen-ejen MAA Takaful yang lain sering dihujani pertanyaan berkenaan ko-takaful bagi kad perubatan SmartMedic 100 MAA Takaful. Ramai masih tak jelas bagaimana ko-takaful dikenakan kepada pemegang kad perubatan ini.

Secara umumnya, sekiranya pemegang kad menggunakan manfaat yang sedia ada menerusi pelan yang diambil dan tidak menaiktaraf kelayakan bilik, maka tiada sebarang ko-takaful dikenakan. Sebagai contoh, jika pemegang kad mengambil pelan 2, maka kelayakan bilik untuk pelan 2 ialah bilik RM200 sehari, dan jika dia menggunakan bilik yang harganya RM200 dan ke bawah, maka dia tidak akan dikenakan ko-takaful.

Bagaimana pula jika pemegang kad menaiktaraf bilik. Sebagai contoh, pemegang kad layak bilik yang berharga RM150 sehari tetapi terpaksa guna bilik yang berharga RM250 sehari memandangkan bilik RM150 sehari sudah penuh. Jadi, adakah pemegang kad akan dikenakan ko-takaful?

Persoalan ini sering ditanya sama ada oleh bakal pelanggan dan juga ejen-ejen syarikat takaful lain yang mungkin tak berapa jelas bagaimana ko-takaful ini dikenakan.

Secara amnya, jika pemegang kad menaiktaraf bilik, pemegang kad perlu membayar ko-takaful 10% dari bil tanpa ada sebarang had. Ini sebagaimana yang tercatat di dalam polisi SmartMedic 100. Namun begitu, secara amalannya ketika ini, pemegang kad boleh membuat tuntutan semula bayaran ko-takaful yang telah dibayar dari pihak MAA Takaful selepas discaj dari hospital.

Walaubagaimanapun, artikel ini bukanlah kenyataan rasmi dari pihak MAA Takaful memandangkan tiada sebarang memo dikeluarkan berkenaan hal ini. Namun, secara amalannya adalah apa yang saya nyatakan di atas.


Tulis komen anda

CommentLuv badge