Kad Perubatan (Smart Medic 100 Medical Card) MAA Takaful
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 11-06-2010
48
Sedikit promosi kad perubatan dari MAA Takaful. Murah dan mampu dimiliki. Ayuh kepada yang masih tidak mempunyai kad perubatan, miliki kad perubatan MAA Takaful hari ini. Sediakan payung sebelum hujan. Sediakan persediaan sebelum ditimpa musibah penyakit.
MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100 MEDICAL CARD
PENGENALAN
MAA Takaful Smart Medic 100 merupakan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.
TIADA KO-TAKAFUL
Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10%. Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung 100%.
KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE)
Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic adalah kad perubatan tunggal di mana ia tidak perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan takaful lain.
PEMBAHARUAN DIJAMIN
Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.
KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI
Dengan RM55 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had tahunan sehingga RM100,000 dan seumur hidup RM300,000.
MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN YANG TINGGI
MAA Takaful Smart Medic 100 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian.
PANEL HOSPITAL TERBAIK SELURUH MALAYSIA
MAA Takaful mempunyai lebih 90 panel hospital seluruh Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh.
JADUAL MANFAAT MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100
JADUAL BAYARAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100
*Bayaran di atas adalah berdasarkan sumbangan tahunan. Anda hanya perlu membahagikan jumlah tahunan kepada 12 bulan untuk mengetahui caruman bulanan anda
PERHATIAN!
Pelan takaful anda tidak akan lengkap jika sekiranya anda hanya memiliki kad perubatan tanpa mengambil pelan takaful hayat. Kad perubatan hanya menyediakan manfaat bayaran bil-bil perubatan dan manfaat khairat kematian sahaja. Anda perlu mengambil pelan MAA Takafulink yang menyediakan manfaat pampasan kematian dan hilang upaya kekal. Di samping itu, anda juga akan mendapat manfaat-manfaat tambahan yang lain berdasarkan keperluan anda.
Jika anda inginkan pelan lengkap, sila rujuk di sini atau lihat contoh di bawah atau hubungi saya di talian dan emel di bawah.
Azizi Zulkefli
Perunding Takaful
MAA Takaful Berhad
Tel: 019-3781629
E-Mel: azizizulkefli@yahoo.com / azizizulkefli@gmail.com
Laman Web: http://www.teralogies.com











satu pakej yg menarik..kalau belum ada lagi memang berbaloi ni

etomyam´s last blog ..Betul-Betul Punya Tengok Bola
Memang berbaloi-baloi dgn medical card MAA Takaful ni. Sape2 yg belum ada mehla join. Kalau dah ada pun, jom bertukar kepada medical card yg tiada ko-takaful. Jimat, tak perlu keluar duit lagi.
antara MAA dengan takaful ikhlas punya medical card, mana lagi best?
zahida´s last blog ..Yes, sudah pindah rumah baru
Rasanya perbezaan paling ketara adalah had tertinggi seumur hidup. Had seumur hidup tertinggi Takaful Ikhlas RM400,000, MAA Takaful RM600,000. Takaful ikhlas, medical card boleh diperbaharui sampai umur 70 tahun tapi MAA Takaful sampai 80 tahun. Medical card MAA Takaful ada khairat kematian RM5000, tapi medical card Takaful IKhlas takda. Rasanya medical card Takaful Ikhlas agak mahal sedikit bagi orang yg berumur 20 tahun ke atas berbanding MAA Takaful. Jadi Cik Zahida boleh pilih sape yg best.
saya takde medical card lagi. tapi agent insurans selalu promote kate medical card mereka terbagus. orang cakap etiqa lambat dapat claim. prubsn takaful tak tau pulak. yang selalu dengar takaful ikhlas medical card mahal dan tak banyak kelebihan kepada kita. anyway, thanks for sharing.
zahida´s last blog ..Yes, sudah pindah rumah baru
Semua agent takaful atau insurans akan kata medical card mereka yg terbagus, biasala tu, ayat2 untuk pujuk customer. Cuma persoalannya terbagus dari segi apa. Medical Card Etiqa Takaful dan PruBSN Takaful ada ko-takaful 10%. Peserta kena bayar 10% dari jumlah bil perubatan yg dikenakan. MAA Takaful takda ko-takaful, bil perubatan ditangung 100%
i xde kad medik ape2 lg pon =(
tp mmg nk apply 1 nnt. benda2 mcm ni mest ade. klo jd ape2 nnt senang. hospital skang byk birokrasi. boleh sbbkan nyawa melayang
jack´s last blog ..Kurangkan Berat Badan Secara Sihat
Betul, medical card penting pada saat2 genting. Ada kalanya hospital kerajaan tak mampu nak menampung jumlah pesakit yg dah semakin ramai. Alternatifnya hospital swasta. Cuma hospital swasta ni perlu duitla. Kalau ada medical card, duit dah tak jadi soal lagi untuk dapatkan rawatan segera dan terbaik.
bro ader pakej menarik untuk keluarga tak?
Sori bro, aku lupa nk contact balik. Nnt aku emel.
salam..
Alhamdulillah banyak sungguh ilmu dan penjelasan maklumat disini.
alhamdulillah, terima kasih kepada saudara azizi zulkefli diatas penerangan yang begitu firm. orang sebeginilah/agen beginilah yang harus kita cari…penerangan ada kualiti…SEMOGA SAUDARA BERJAYA
Assalam,
Suami saya bercadang nak ambik MAA smart medic ni untuk anak2, cuma saya nak tanya kalau untuk kami berdua saya isteri 31 dan suami 37 ada harapan ke nak dapat cover insuran ni, memandangkan suami ada darah tinggi, cuma tak merokok. Saya alhamdulillah setakat ni tiada masalah.Adakah procedure untuk dptkan coverage susah bagi suami khususnya?
Terimakasih.
Rujuk emel puan. Sy dah emelkan jawapan saya. TQ
As-salam,
Saya dan suami memang sedang mencari2 medic card yg tbaik dan sesuai dgn kemampuan kami. kami mempunyai 2 orang anak busia 2-4 thn dan kami berusia 32 thn. adakah plan medic card utk keluarga & mana yang lagi baik individual atau keluarga. untuk pengetahuan kami semua telah memiliki life insurance. TQ
Salam,
Untuk makluman, buat masa ini semua pengendali takaful di Malaysia tidak menawarkan pakej medical card untuk keluarga, medical card ditawarkan mengikut individu. Di Malaysia, hanya MAA Takaful sahaja yg menawarkan medical card stand alone dgn kemudahan byrn bulanan, yg mana tidak perlu digabungkan dgn pelan takaful hayat (Life Takaful).
Adalah lebih baik sebenarnya memiliki secara individu kerana kita punya pilihan untuk membatalkan mana2 polisi yg tidak diperlukan lagi. Sbg contoh, jika anak sudah dewasa, sudah tentu dia ingin memiliki polisi sendiri, maka polisi medical card yg dicarum ibu/bapa boleh dibatalkan. Jika ambil pakej, terpaksa bayar jgk utk pakej walaupun anak dak ambik polisi sendiri
Bagi anak puan yg berumur 2-4 tahun, sumbangan untuk medical card adalah RM56 sebulan (Had tahunan RM50,000). Manakala untuk puan dan suami berumur 32 tahun, RM67 sebulan (had tahunan RM100,00). Ini bermakna jumlah caruman medical card untuk seluruh keluarga puan ialah RM246 sebulan.
salam,
cuma nak kepastian. Kenapa medical card hanya utk indiv? ada tak medical card yang boleh cover untuk semua anak… especialy utk yang mcm sy ade 5 org anak…. kalau nak amik stp org.. minimum 5 x 50 = 250 sebulan dah, tapi tak tahu mana satu anak yg benar2 perlu. Saya keja gomen, setakapt ni tak pernah ada medic card.
Salam,
Setakat ni produk2 bawah takaful mmg takde menawarkan pelan medical card untuk keluarga. Kenapa? Itu sy tak tau sbb kelulusan untuk produk2 takaful bergantung kepada Bank Negara Malaysia.
Tetapi kalau di bawah insurans konvensional, syrkt AIA kalau tak silap ada tawarkan medical card untuk famili. Tapi yg ni tak ikut syariah sbb produk konvensional.
salam,
saya agen maa takaful cawangan alor star..bwh mc encik yahaya…emm…tak ada soalan nak aju…tp update selalu ye blog..mungkin jawapan encik..blh bantu saya if saya hadapi masalah dgn klien yg aju soalan yg sama.thanks
Sama2, kita sesama ejen MAA Takaful harus saling membantu kan. Insyaallah, sy akan cuba update blog ni sekerap mungkin.
salam….
saya berumur 37 dan wife 33 tahun… anak 3 org 2 hingga 6 tahun, keja gomen dan tidak merokok.
boleh tak quote utk saya premium…
ok thanks
Sy dah email quotation ke e-mel tuan. TQ.
Salam,
Sila quote utk saya Pelan 1 (MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100)
Isteri, tahun depan 34 tahun (tidak merokok)
Anak lelaki, tahun depan 3 tahun.
Boleh ke bayaran bulanan dari bulan pertama hingga seterusnya dibuat melalui kad kredit? Office di mana?
URGENT
Sila rujuk emel tuan. TQ.
[...] KAD PERUBATAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100 [...]
En.Azizi…saya akan berumur 44 tahun dan wife saya akan berumur 41 tahun..both next birthday la ni…ada 3 orang anak perempuan berumur antara 6 hingga 12 tahun…..saya sedang mencari Medical Card utk ‘satu family’ dimana saya sebagai payor dan dengan sekeping kad boleh diguna oleh isteri saya ketika ketiadaan saya disisi bagi tujuan kemasukan kemana-mana panel hospital secara ‘cashless admission’…sebab kadang2 hospital mintak deposit dulu baru boleh admit…..kalau boleh bagitahu sekali berapa anggaran premium setahun.
Salam,
saya berumur 40 tahun dan berat 130kg, tinggi 170cm. Sekarang memgambil ubat darah tinggi dan tidak merokok. Untuk mencarum kad perubatan ini adakan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan adakah kadarnya bayaran lebih tinggi daripada yang normal.
Sekian, terima kasih
Rujuk emel tuan
1. Saya 31 thn, merokok.. xpernah masuk wad mane2 hospital (xde penyakit setakat ini)..Plz quote utk saya premium terbaik..tq
2. (Pelan takaful anda tidak akan lengkap jika sekiranya anda hanya memiliki kad perubatan tanpa mengambil pelan takaful hayat). Soalan: jika ambil Kad perubatan biasa shj covered x jika saya xcident dan masuk icu & wad 30hari?
3. Semua kad perubatan company insurans sama ke asingkan faedah kad perubatan dan pampasan kematian/kemalangan?
4. Adakah kad perubatan MAA covered rawatan pesakit luat di klinik swasta / panel hospital?
5. Isteri saya ambil Pru Biasa 8bln..boleh tahu bagaimana nak stop dgn company tu? boleh berikan perbandingan antara Pru, Prubsn dan MAA…
setakat ini MAA yg terbaik in web!!! TQ
Sila rujuk emel tuan, sy dah jwb soalan2 tuan.
Terima kasih kepada semua pelawat yg sudi menjadi pelanggan saya dan menjadi pemegang polisi MAA Takaful. Anda semua telah memilih produk yg tepat dan dapat memenuhi keperluan perlindungan anda.
Saya berumur 30 tahun tidak mengalami sebarang penyakit kritikal begitu juga dengan anak perempuan saya berumur 8 tahun mempunyai kesihatan yang sempurna , alhamdulilah.
Sebagai persediaan , saya ingin mendapatkan kad medical seperti ini.oleh sediakan quotation untuk saya dan anak perempuan saya ini.
Sekiranya saya atau anak perempuan saya ingin mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital swasta adakah ianya ditanggug sepenuhnya ? bagaimana degan kos diagnosis yag dilakukan seagai contoh ujian darah , x-ray , scan…
Minta jwp persoalan saya ini
Rujuk emel tuan.
Perlu kan penjelasan. Jika saya dah sakit dan guna medical card ni, adakah ada jaminan boleh renew untuk tahun berikutnya?
Ye tuan, dijamin renew
maksudnya maa takaful xde plan utk famili la ye….
sy mmg takde med cd ni, tlg htr proposal bole…
sy 32, ank2 8, 7, 5 dan hsbd 50
bagaimana pula klu sy ni berat 130kg, tinggi 172cm tp so far alhamdulillah takde drh tggi, kencing manis
tq
Rujuk emel puan. TQ.
Kepada mereka yg berminat untuk mengambil medical card dgn MAA Takaful tetapi pernah ada rekod masuk hospital disebabkan penyakit yg bukan kritikal dan penyakit tersebut sudah sembuh, masih boleh lagi mohon untuk medical card. Tetapi pihak MAA Takaful ada kemungkinan akan minta buat medical check up. Kos untuk medical check up akan ditanggung oleh pihak MAA Takaful.
Bagi yg ada darah tinggi tapi masih di peringkat awal, masih juga boleh mohon. Anda juga mungkin akan diminta buat medical check up.
Semua medical check up akan dilakukan di klinik panel MAA Takaful dan kos akan ditanggung.
Sekian untuk makluman. Terima kasih kpd semua client sy yg telah membuat permohonan medical card melalui saya.
Salam Tuan,
Saya ingin bertanya, ada tak produk MAA takaful yang mana caruman premium (e.g smart medic 100….etc) akan dikira sebagai sebahagian daripada pelaburan, yg mana sejumlah pulangan akan dikembalikan apabila cukup tempoh.TQ
Salam,
Ada tuan. Produk takaful berkaitan pelaburan ni dinamakan MAA Takafulink. Produk ni dah menang anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009 & 2010.
Pelan MAA Takafulink ni menawarkan manfaat pelaburan, simpanan dan perlindungan di dalam satu pelan. Tuan boleh mendapat keuntungan dan simpanan beserta perlindungan dari pelan ini. Keunikkan pelan ini berbanding produk2 takaful atau insurans yg ada di pasaran ialah pengeluaran wang yang tidak perlu menunggu tempoh matang. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan pengeluaran minima RM500 dan meninggalkan baki minima di dalam akaun sebanyak RM1000. Ini bermakna jika akaun pelaburan telah mempunyai baki sebanyak RM2000, RM1000 bolehlah dikeluarkan dengan meninggalkan baki RM1000.00. Keuntungan pelaburan yang dicatatkan pada tahun lepas ialah RM12%.
Pelan MAA Takafulink ini juga boleh digabungkan dengan pelan medical card dan boleh dijadikan sebagai simpanan untuk haji dan pelan simpanan untuk pengarah syarikat.
Di bawah adalah contoh2 pelan MAA Takafulink
MAA TAKAFULINK SIMPANAN HAJI
MAA TAKAFULINK WANITA
MAA TAKAFULINK DIRECTOR PROVIDENT FUND
CONTOH-CONTOH PELAN MAA TAKAFULINK
Terima kasih
Hi, i nak tanya, MAA Takaful ni cover untuk mengandung dan bersalin ke? If yes, boleh bg details tak?
Mana-mana medical card dalam dunia ni mmg tak cover kes2 mengandung atau bersalin. Tapi, kalau puan ambil pakej Takafulink Wanita, ada perlindungan untuk komplikasi kehamilan.
saya berumur 32tahun..ibu kepada 3 anak..setakat nie tiada masalah kesihatan cuma pernah bengkak tonsil yang tak serius..adakah saya layak?? Dan berapa premiumnyer??Adakah tonsil saya dianggap penyakit sedia ada dan tak layak dilindungi??
Kena buat medical check up tak??
Rujuk emel puan. tq
Kalu amik maa takaful smart medic nie bayaran tahunan bertambah ikut umur ye? kalau budget RM200 sebulan dan nak tiga2 (simpanan, pelaburan, perlindungan) apa yang dicover? saya umur 26 tak merokok tapi ada asma masa kecil.
assalamualaikum..tahniah kpda semua ejen2 yg bersemangat mempromosi produk..sy ada sedikit persoalan menngenai takaful..seprti yg sedia maklum medic card maa takful lbh murah berbnding takaful lain..sy tdk faham bahagian pembyran smart medic yg bertambh ikut umur.boelh tolg jelaskan.adakah ini bermksud not fixed byaran dia..satu lg kwn2 saya menjadi ejen berbagai syarikat takaful n sibuk mempromosi seperti MAA,etiqa, pru bsn dan ikhlas..soalan sy apa beza management maa insurance n maa takaful?.tqvm
Rujuk emel tuan. TQ
Promosi Takaful Aidilfitri!!
Daftar mana2 pelan Takafulink @ medical card dari 29 Ogos – 8 September 2010, anda layak untuk dapat diskaun 15% untuk 2 bulan caruman.
Cth: Jumlah caruman 2 bulan RM100, anda hanya perlu bayar RM85 shj, jimat RM15!!
Hubungi sy skrg!