Kenapa Anda Perlu Mengambil Polisi Dengan MAA Takaful?

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 21-02-2012

2

SYARIKAT TERBAIK

MAA Takaful adalah gabungan kerjasama di antara MAA Group Berhad, sebuah syarikat induk milik rakyat Malaysia dan Solidarity Group Bahrian, sebuah syarikat takaful terkemuka di Bahrain. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kepakaran di dalam bidang perlindungan insurans dan takaful.

Ketika ini, MAA Group Berhad hanya mengendalikan operasi takaful sepenuhnya menerusi syarikat MAA Takaful Berhad selepas menjual kepentingannya di dalam MAA Assurance kepada Zurich Financial Services pada 2011. Jadi, tiada lagi isu MAA Takaful mempunyai kaitan dengan syarikat insurans konvensional dan ketika ini MAA Takaful telah memindahkan operasi dari Menara MAA ke pejabat Baru di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

PENGURUSAN AGENSI TERBAIK

MAA Takaful telah memenangi anugerah pengurusan agensi terbaik menerusi sistem ICMS, sebuah portal pengurusan agensi dalam talian. Portal ini mengintergrasi ke semua aspek pengurusan agensi seperti maklumat pelanggan, maklumat ejen, membuat permohonan takaful, menyemak status permohonan dan pembayaran. Anugerah ini diterima sempena Anugerah Inovasi Financial Insights — Insurance (FIIA-Insurance) daripada IDC Financial Insights, yang diadakan pada Kongres Insurans Asia di Singapura.

MAA Takaful adalah syarikat pertama dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Dengan sistem pengurusan agensi yang cekap, ini akan memastikan perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan kepada pelangggan. Ejen dapat mengakses maklumat pelanggan dari mana sahaja dengan sistem ICMS ini.

PRODUK TERBAIK

MAA Takaful telah memenangi anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang menerusi produk MAA Takafulink untuk tiga tahun berturut-turut sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur tahun 2009, 2010 dan 2011. Anugerah ini diperoleh hasil dari manfaat dan pulangan yang terbaik yang ditawarkan oleh produk ini.

MAA Takaful Smart Medic 100 adalah kad perubatan yang menawarkan manfaat rawatan di  hospital swasta terbaik. Kad perubatan ini boleh diambil sebagai rider atau manfaat tambahan kepada produk takafulink atau diambil sebagai produk stand alone (tidak diambil bersama dengan produk takafulink). Kad perubatan ini tidak mengenakan caj 10% ko-takaful dan bil rawatan hospital pesakit ditanggung 100%. Kad ini boleh diambil oleh individu ataupun syarikat.

Testimoni dari pelanggan MAA Takaful Smart Medic

PORTAL PELANGGAN TERBAIK

Bagi setiap pemegang polisi MAA Takaful, mereka boleh menyemak maklumat berkenaan polisi mereka menerusi portal My Account. Melalui portal ini, pemegang polisi boleh menyemak:

  • Maklumat pemegang polisi
  • Maklumat pembayaran
  • Maklumat manfaat polisi
  • Maklumat simpanan di dalam akaun pelaburan

Portal ini adalah antara yang pertama diwujudkan oleh pengendali takaful di Malaysia.

 

 


Komen (2)

Salam. Saya nak tanya..kalu medical card tu..masok hospital or kite pegi klinik panel..mmg x bayar langsung ke? mksdnye…kite just dtg je buat rawatan tnpa bayar ape2? kalu mc boleh claim dlm temph bp lame?

Saya balas ke emel

Tulis komen anda

CommentLuv badge