MAA Takaful Isytihar Lebihan Perkongsian (Surplus Sharing) RM4.97 Juta

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 06-06-2012

0

MAA Takaful Berhad sekali lagi telah mengisytiharkan lebihan perkongsian keuntungan dari akaun risiko peserta. Kali ini sejumlah RM4.97 juta lebihan diisytiharkan untuk tahun 2011. Setiap peserta pelan Takafulink akan menikmati lebihan ini dimana sejumlah unit akan diperuntukkan ke dalam setiap akaun pelaburan peserta.

Setiap peserta pelan MAA takaful akan menerima surat pemberitahuan di atas di mana peserta akan dapat mengetahui jumlah lebihan yang diperuntukkan untuk mereka. Untuk rekod, MAA Takaful telah mengisytiharkan lebihan sebanyak RM1.518 juta pada 2009 dan RM3.128 juta pada 2010. Lebihan ini akan memberi nilai tambahan kepada akaun pelaburan setiap peserta MAA Takaful.


Tulis komen anda

CommentLuv badge