MAA Takafulink Haji Dengan Khairat Kematian, Badal Haji, Waqaf & Korban
Saturday, July 17, 2010 23:52
PENGENALAN
Rukun Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang untuk menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga hilang upaya kekal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian, peluang untuk mengerjakan waqaf dan korban dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.
Urusan badal haji, waqaf dan korban akan diselia oleh Amanah Raya Legacy Services. Badal haji akan dilaksanakan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, waqaf oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan Korban oleh Muslim Aid Malaysia menerusi program Qurban for Life.

SIMPANAN & PELABURAN
Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana syariah terpilih MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan. Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.
PENGECUALIAN CARUMAN
Jika seseorang penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, simpanan bulanan penyimpan akan diambil alih oleh MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan sehingga penyimpan meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu. Ini bermakna, penyimpan akan menikmati simpanan bulanan secara percuma jika telah disahkan menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal.
HIBAH UNTUK WARIS JIKA BERLAKU KEMATIAN
Jika berlaku kematian terhadap penyimpan sama ada sebelum atau sesudah mengerjakan fardhu haji, sejumlah wang bantuan sara hidup akan dihibahkan kepada waris yang telah dipilih oleh penyimpan sebelum kematiannya. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian faraid dan waris yang layak akan menerima jumlah sepenuhnya wang yang telah diperuntukkan untuknya tanpa perlu dibahagi-bahagikan.
TABUNG HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan tabung kecemasan jika penyimpan mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.
PERLINDUNGAN DI ARAB SAUDI
Jika berlaku kematian di Arab Saudi, satu pampasan tambahan dalam bentuk hibah akan diberikan kepada waris penyimpan.
KHAIRAT KEMATIAN
Jika penyimpan meninggal dunia sama ada sebelum, sedang atau selepas menunaikan haji, sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian atau perbelanjaan berkaitan.
BADAL HAJI

Jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, pihak Amanah Raya Legacy akan menggunakan sebahagian daripada manfaat khusus bernilai RM5,000 yang akan diberikan oleh MAA Takaful untuk pelaksanaan badal haji.
IBADAH KORBAN
Selepas penyimpan meninggal dunia, pihak Amanah Raya Legacy akan menggunakan sebahagian daripada manfaat khusus bernilai RM5,000 yang akan diberikan oleh MAA Takaful untuk pelaksanaan ibadah korban.
IBADAH WAQAF
Selepas penyimpan meninggal dunia, pihak Amanah Raya Legacy akan menggunakan baki daripada manfaat khusus bernilai RM5,000 yang akan diberikan oleh MAA Takaful untuk pelaksanaan ibadah waqaf yang akan diuruskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, pelan Takafulink Haji ini memberikan anda:
- Simpanan
- Perlindungan
- Badal Haji
- Peluaang mengerjakan ibadah korban
- Peluang mengerjakan ibadah waqaf
UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN SIMPANAN INI, HUBUNGI 019-3781629 (AZIZI) ATAU EMEL ahmadazizi.zulkefli@gmail.com













Amin says:
August 5th, 2010 at 12:30 pm
Sy berminat nak tau lebih lanjut tentang pelan ni. Boleh tak sy nak jumpa tuan?
Azizi Zulkefli says:
August 5th, 2010 at 12:32 pm
Boleh tuan, rujuk emel tuan. TQ.
badrur says:
November 11th, 2010 at 12:37 pm
saya ingin bertanya,berpa tahun selepas mengambil takaful ini dapat mengerjakaan haji dan adakaah mengerjakan haji melalui pakej. jika ssudah mengerjakan haji adakah pelan in terbaatal
Azizi Zulkefli says:
November 11th, 2010 at 2:25 pm
Pelan ni mcm kita simpan duit kat tabung hajila. Takda tempoh tertentu utk kerjakan haji. Nak pergi haji ikut mana2 pakej pun takda sebarang halangan sbb pelan ni hanya utk simpanan dan perlindungan haji sahaja.
Kalau masih lagi bayar caruman bulanan, pelan ni takkan terbatal walaupun dah pergi haji. Kalau nak keluarkan duit nak pergi haji, tinggalkan baki RM1000 dalam akaun utk pastikan polisi haji ni masih berjalan.
badrur says:
November 12th, 2010 at 7:04 pm
oh okay,makna kalau nk pergi haji,kt kn keluarkan duit dalam polisi dan mendaftar haji dan pergi menunaikan haji melalui tabung haji la ye..
Azizi Zulkefli says:
November 12th, 2010 at 7:51 pm
Ya, betul. Kalau nak pergi ikut pakej pun boleh. MAA Takaful tak tetapkan apa2 syarat cara nak pergi haji kalau ambil pelan haji ni
cik luqman says:
November 18th, 2010 at 7:34 am
salam…untuk pergi haji dengan pakej takaful ini,,adakah kita perlu menunggu bertahun-tahun untuk mendapat kota walaupun duit kita sudah mencukupi?
Azizi Zulkefli says:
December 12th, 2010 at 9:37 pm
untuk maklumn, pelan ni untuk simpanan dan perlindungan sahaja. Takda kaitan dengan cara pergi haji. kalau pergi haji melalui Tabung Haji, masih perlu tunggu giliran walaupun duit dah cukup. Tapi kalau pergi ikut pakej tak perlula ikut giliran
Jan says:
January 13th, 2011 at 10:23 pm
Apakah perbezaan antara takafulink hajj ini dgn takafulink yang lain ?
Azizi Zulkefli says:
January 14th, 2011 at 9:00 am
Beza yang utama ialah pelan Takafulink Hajj ni ada memberikan khairat kematian khas sebanyak RM2000 yang akan diberikan kepada waris dalam tempoh 24 jam. RM5000 lagi akan diserahkan dalam tempoh 2-3 minggu dan waris boleh menggunakan wang ini untuk mengadakan badal haji sekiranya peserta yang meninggal dunia tidak sempat ke tanah suci.
Zul says:
February 9th, 2011 at 1:06 pm
Assalam, saya nak tanye,saya student lagi, umur 22 tahun. jadi, mana yg sesuai untuk saya pilih, takafulink atau takaful Haji. dan ape manfaat yg saya dapat. terima kasih
Azizi Zulkefli says:
February 9th, 2011 at 2:47 pm
Salam,
Untuk permulaan, saya cadangkan ambil takafulink dahulu. Tapi kalau nak ambil takafulink hajj terus pun boleh, takda masalah.
Manfaat yang biasa dapat untuk pelan takafulink biasa ialah manfaat kematian, hilang upaya kekal, penyakit kritikal dan elaun hospital dan pembedahan. Kalau ambil takafulink hajj, dapat manfaat lain seperti khairat kematian dan badal haji.
bull says:
February 20th, 2011 at 2:16 pm
salam, brape kos upah setiap kali masuk duit yang maa cas. coz p.mutual pn ade cas klo masuk duit
Azizi Zulkefli says:
February 20th, 2011 at 7:08 pm
Memang ada caj tuan. Tuan boleh tgk berapa peruntukan untuk simpanan di sini:
http://www.teralogies.com/v1/maa-takafulink/
Tgk bahagian peruntukan caruman
noli says:
October 7th, 2011 at 9:45 pm
anak adik,4 thn baru kena leukimea,ada tak insuran untuk kes dah ada penyakit
Azizi Zulkefli says:
November 11th, 2011 at 2:33 pm
Takda