Artikel Terbaru

PETIKAN BERITA: Empat syarikat usaha sama dapat lesen... KERAJAAN meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama. Syarikat berkenaan ialah usaha sama American International Assurance Bhd (70 peratus) dengan Alliance Bank...

Readmore

PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label... KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan sebagai tidak sah penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ sebagai label bagi beras keluaran syarikat Faiza Sdn Bhd. Hakim Datuk Azahar...

Readmore

Polisi Takaful Untuk Suami Tahukah anda seseorang isteri boleh mengambil takaful untuk suaminya? Ini boleh dilakukan dengan isteri akan menjadi peserta kepada pelan takaful tersebut manakala si suami akan menjadi orang yang dilindungi. Si...

Readmore

Perlindungan Takaful Termurah, Hanya RM50 Sebulan! MAA Takaful tidak lupa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan menawarkan pakej takaful dengan caruman bulanan serendah RM50 sebulan. Dengan RM50 sebulan, anda akan mendapat manfaat seperti...

Readmore

MAA Takafulink Pendidikan - Pelan Simpanan Pendidikan... PENGENALAN Kos pendidikan meningkat saban tahun dan bagi setiap insan yang bergelar ibu-bapa perlu menyediakan satu dana yang terjamin bagi memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke menara...

Readmore

Teralogies – Inovatif, Kreatif, Kritis Rss

MAA Takafulink Wanita

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful, Umum | Posted on 18-07-2010

6

PENGENALAN

MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan yang direka khusus untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal, perlindungan 36 penyakit kritikal, perlindungan penyakit-penyakit khas wanita dan juga perlindungan komplikasi kehamilan. Pelan ini juga didatangkan bersama kad perubatan yang memberi kemudahan rawatan terbaik di hospital-hospital swasta terpilih di seluruh negara.

MANFAAT PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN

Jika berlaku kematian terhadap peserta takaful  sejumlah wang hasil dari manfaat pampasan kematian akan dihibahkan /diwariskan kepada waris yang telah dipilih oleh peserta sebelum kematiannya.

MANFAAT TAMBAHAN PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN

Jika berlaku kematian akibat komplikasi hasil dari kehamilan, satu manfaat tambahan pampasan kematian akan diberikan kepada waris sebagai tambahan kepada manfaat pampasan kematian asas.

MANFAAT PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL

MAA Takafulink Wanita juga menyediakan tabung kecemasan jika peserta mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

MANFAAT PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL

Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.

MANFAAT PENYAKIT WANITA

MAA Takafulink Wanita memberi perlindungan khas penyakit-penyakit khas berkaitan wanita yang sebahagiannya tidak dilindungi oleh manfaat perlindungan 36 penyakit kritikal. Sejumlah manfaat kewangan akan diberikan bagi tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan.Manfaat ini memberikan perlindungan penyakit-penyakit berikut:

  • Carcinoma-in-situ (Breast and Cervix Uterix)
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
  • High Grade Squamous Intraepithelial Lesion (HSIL) with Severe Dysplasia
  • Fibroid
  • Ovarian Cyst
  • Pembedahan Reconstructive Muka Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kanser
  • Pembedahan Kulit Akibat Kebakaran
  • Pembedahan Kulit Akibat Kanser Kulit
  • Keretakan Tulang Akibat Osteoporosis
  • Rheumatoid Arthritis with complication

MANFAAT PERLINDUNGAN KEHAMILAN

MAA Takafulink Wanita memberi perlindungan kehamilan akibat dari komplikasi dan juga memberi perlindungan kepada bayi dari penyakit berkaitan konginetal. Sejumlah manfaat kewangan akan diberikan bagi tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan. Senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi adalah seperti berikut:

  • Penyebaran penggumpalan intravascular
  • Kehamilan ektopik
  • Kandungan molar
  • Kematian “stillbirth”
  • Kematian “neonatal”
  • Eclampsia

Senarai penyakit konginetal bayi yang dilindungi adalah seperti berikut:

  • Sindrom Down
  • Spina Bifida
  • Tetralogi Fallot
  • Transposisi pembuluh utama
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Kecacatan Ventricular Septum

ELAUN KELAHIRAN BAYI

Sejumlah elaun akan diberikan bagi setiap kelahiran bayi kepada peserta dengan maksimum tiga kelahiran sepanjang tempoh polisi.

ELAUN PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA

Peserta boleh membuat tuntutan sebanyak RM100 setahun bagi tujuan pemeriksaan kesihatan wanita seperti ujian Darah, Pap Smear, Mammogram, Abdomen/Pelvis dan Ultrasound.

ELAUN HARIAN HOSPITAL AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN

Peserta akan diberikan elaun hospital sebanyak RM200 sehari dengan tujuh hari jumlah maksima jika berada di wad hospital akibat dari komplikasi kehamilan.

ELAUN HARIAN HOSPITAL

Jika peserta dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, peserta akan menerima elaun harian bersamaan jumlah hari kemasukan hospital.

ELAUN PEMBEDAHAN

Peserta akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap peserta.

PENGECUALIAN CARUMAN

Jika penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, caruman bulanan peserta akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga peserta meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Manfaat ini hanya terpakai kepada manfaat polisi asas sahaja.

KAD PERUBATAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100

MAA Takafulink Wanita juga disertakan bersama kad perubatan yang akan memberikan kemudahan rawatan tanpa tunai di hospital-hospital panel MAA Takaful seluruh Malaysia.

KHAIRAT KEMATIAN

MAA Takafulink menyediakan khairat kematian sebanyak RM5000 yang mana sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian dan bakinya akan diserahkan kemudian bagi tujuan-tujuan lain berkaitan si mati.

MANFAAT SIMPANAN

Di samping memperoleh perlindungan melalui pelan ini, peserta juga akan menikmati manfaat simpanan yang akan dilaburkan ke dana-dana syariah terpilih bagi memaksimumkan nilai simpanan.

MANFAAT BERGANDA

Walaupun peserta atau waris telah menerima wang hasil dari manfaat pampasan kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.

PENGECUALIAN CUKAI

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat dua jenis pengecualian cukai iaitu cukai insurans hayat dan juga insurans perubatan.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN SIMPANAN INI, HUBUNGI 019-3781629 (AZIZI) ATAU EMEL azizizulkefli@gmail.com

Komen (6)

Sy berminat nak mohon untuk pelan wanita ni. mcm mana ye nak mohon?

Sy dah balas pertanyaan puan menerusi emel puan. TQ.

boleh saya tau berapa ramai jumlah pencarum atau peserta yang mendaftar MAA takaful dari mula ia dd tubuhkan sehingga tahun 2010.. TQ

Kalau sehingga tahun 2009, sejak ditubuhkan, lebih 80,000 peserta telah menyertai MAA Takaful. Data untuk 2010 tak keluar lagi

polisi takafullink wanita untuk berumur 32 tahun berapa??

Rujuk emel puan. TQ.

Tulis komen anda

CommentLuv Enabled