MAA Takafulink

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 19-10-2010

8

Sebelum ini saya telahpun menyiarkan beberapa produk MAA takaful di dalam blog ini yang pada umumnya menarik minat ramai pelawat laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk tersebut. Dua produk yang paling mendapat sambutan ialah MAA Takafulink Wanita dan Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic. Majoriti pelawat singgah ke laman web ini melalui enjin carian dan Alhamdulillah, laman Teralogies menduduki antara laman web teratas bagi beberapa kata kunci seperti ‘MAA Takaful’, ‘Kad Perubatan MAA Takaful’ dan ‘Hibah Takaful’. Dan saya ramai mendapat pelanggan takaful hasil dari carian di laman carian seperti Google dan Yahoo. Tak sia-sia juga saya banyak menghabiskan masa untuk belajat tentang Search Engine Optimization (SEO) bagi laman Teralogies ini mudah dicari oleh enjin-enjin carian.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang produk utama yang menjadi teras kepada produk-produk MAA Takaful yang lain, iaitu MAA Takafulink. MAA Takafulink merupakan produk takaful berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian dan hilang upaya kekal dan manfaat-manfaat tambahan lain disamping peserta berpeluang membuat pelaburan kewangan menerusi pelan ini di dalam dana-dana syariah MAA Takaful. MAA Takafulink telah pun dua tahun berturut-turut memenangi anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009 dan 2010 sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur tahun 2009 dan 2010. Kemenangan adalah berdasarkan keunikan produk dan nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang digunakan.


Akaun Peserta

Setiap peserta yang menyertai pelan MAA Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun:

  • Akaun Pelaburan Peserta (PIA)  – Akaun ini juga dikenali sebagai akaun simpanan peserta di mana caruman yang dibayar oleh peserta akan dimasukkan ke dalam akaun ini selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai fee atau upah ejen peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.
  • Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) – PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA.

Dana-dana Takafulink

Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi perlaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Shariah Growth

  1. Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi perlaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.
  2. Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.

Dana MAA Takaful Shariah Balanced

  1. Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
  2. Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.

Dana MAA Takaful Shariah Income

  1. Menyediakan pendapatan stabil menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
  2. Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.

Dana MAA Takaful Flexi Fund (Baru)

  1. Dana fleksibel yang diuruskan oleh pengurus dana professional. Pengurus dana akan membuat pelaburan di dalam dana-dana yang berpotensi mendatangkan keuntungan.
  2. Dana ini diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management, Pengurus Dana Kewangan Islam Terbaik 2009.

Ke semua dana-dana di atas diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management.

Peruntukan Caruman Takafulink
Caruman yang dibayar adalah diperuntukkan berdasarkan kadar peruntukan berikut (contoh diberi adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000).


Caruman yang diperuntukkan akan digunakan untuk pembelian unit Dana Berkaitan Pelaburan MAA Shariah pilihan anda. Dalam contoh di atas, pada tahun ke-5, sebanyaj RM850 digunakan untuk pembelian unit, yang mana beberapa unit tersebut akan dibatalkan untuk membiayai yuran dan caj bagi sijil tersebut. Sebahagian daripada caruman yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar komisen agen.

Siapakah Yang Layak

Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18tahun.

Caruman

Caruman minima adalah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Tiada nilai maksima bagi sumbangan. Lagi tinggi sumbangan anda lagi tinggi nilai perlindungan yang akan anda perolehi.

Apakah Pilihan Yang Disediakan

  • Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Perlaburan Peserta (PIA) untuk menyeleseaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
  • Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalam dana Akaun Perlaburan Peserta (PIA).
  • Selain itu, anda juga boleh menambah perlaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1000.  95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukan ditolak RM25 adalah disediakan untuk perlaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).

Apakah Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Disertakan

Terdapat rangkaian meluas bagi manfaat lanjutan untuk disertakan bersaman Takafulink. Sila rujuk kepada konsultan anda bagi maklumat lanjut.

  • Special Contributor Benefits
  • Critical Illness Super
  • Critical Illness Plus
  • Juvenil Critical Illness
  • Improved Accident Indemnity
  • Khusus Protection
  • Ziarah Protection
  • Waiver of Contribution on Dread Disease
  • Wanita Illnesses Protection
  • Wanita Maternity Protection
  • Wanity Golden Protection
  • Hospital &Surgical Benefit
  • Hospital Benefit
  • Smartmedic Riders

Bagaimana Dengan Penilaian Harga Unit
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan perlaburan syariah MAA Takaful.

Lebihan Akaun Pelaburan Peserta (PRIA)

Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh para peserta dan pengendali takaful mengikut nisbah 50:50.

Nilai Asas / Manfaat Asas

Apa yang menarik mengenaik pelan ini ialah, anda boleh meletakkan berapa manfaat asas yang diperlukan dan konsultan akan memberikan sebut harga berdasarkan manfaat asas yang diinginkan. Manfaat asas di sini merujuk kepada manfaat kematian dan hilang upaya kekal.

Anda boleh meletakkan berapa sahaja nilai manfaat asas yang anda inginkan malah ia boleh mencecah jutaan ringgit. Berikut adalah contoh pelan MAA Takafulink dengan nilai asas RM1 Juta!:

Nama : Encik Y
Umur : 30 thn (Umur terakhir)
Kod Kerja : 2 ; Merokok

Sumbangan  : Hanya RM8,000 setahun atau RM666.66 sebulan

Perlindungan / Manfaat :-

  • Pampasan Kematian (Biasa) – RM1,000,000
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal HUK (Biasa) – RM1,000,000
  • Pampasan Kematian (Kemalangan) – RM1,100,000
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal (Kemalangan) – RM1,100,000
  • Elaun Hospital – RM200 / hari
  • Perlindungan 36 Penyakit Kritikal – RM200,000
  • Pengecualian Caruman – RM8,000 setahun
  • Kecacatan akibat kemalangan – bayaran mengikut % dari nilai perlindungan kemalangan sebanyak RM100,000

JANGKAAN PULANGAN PELABURAN / SIMPANAN**

Selepas 15 tahun sumbangan – RM 113,404
Selepas 20 tahun sumbangan – RM 175,710
Selepas 25 tahun sumbangan – RM 215,413

** pulangan pelaburan / simpanan adalah dikira pada 8% setiap tahun. Ianya tidak dijamin – bergantung kepada prestasi dana dalam MAA Takaful. Dividen dikira pada Dana Syariah Balanced (BF – 100%)

Lihat contoh-contoh pelan Takafulink yang lain  di sini

KESIMPULAN

Bagi mereka yang menginginkan pelan perlindungan di samping membuat simpanan dan pelaburan, ini adalah pelan yang tepat untuk anda. Hubungi saya hari ini untuk maklumat lanjut.

DAPATKAN SEBUT HARGA MAA TAKAFULINK DI SINI


Azizi Zulkefli
Perunding Takaful
MAA Takaful Berhad
Tel: 019-3781629
E-Mel: azizizulkefli@yahoo.com / azizizulkefli@gmail.com
Laman Web: http://www.teralogies.com


Komen (8)

jika saya caruman rm 80 sebulan.boleh en terangkan lebih detail apa faedah saya dapat dengan takafulink
umo saya 25 tahun

sy dah emel encik

Assalam, saya nak tanyer, kalo saya carum RM50 per bulan dlm 3 buln(RM150), lepas tu saya tambah caruman jadi setiap bulan RM100. jadi perlindungan/pampasan yg kita dapat mengikut caruman yg lama atau yg baru?

Kalau tambah caruman, manfaat perlindungan/pampasan pun akan bertambah juga. Atau dalam makna kata lain ikut caruman yang baru

Berapakah komisen jika jadi agen/konsultan takafulink hajj? TQ

25% tuan, standart untuk mana2 pelan takafulink dari mana2 syarikat takaful

Assalamualaikum tuan, kalau saya carum permulaan sebanyak RM 50, berapa perlindungan yang saya dapat ye? contohnya perlindungan hilang upaya kekal, dan sebagainya, terima kasih tuan

Umur berapa ya tuan?

Tulis komen anda

CommentLuv badge