Artikel Terbaru

PETIKAN BERITA: Empat syarikat usaha sama dapat lesen... KERAJAAN meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama. Syarikat berkenaan ialah usaha sama American International Assurance Bhd (70 peratus) dengan Alliance Bank...

Readmore

PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label... KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan sebagai tidak sah penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ sebagai label bagi beras keluaran syarikat Faiza Sdn Bhd. Hakim Datuk Azahar...

Readmore

Polisi Takaful Untuk Suami Tahukah anda seseorang isteri boleh mengambil takaful untuk suaminya? Ini boleh dilakukan dengan isteri akan menjadi peserta kepada pelan takaful tersebut manakala si suami akan menjadi orang yang dilindungi. Si...

Readmore

Perlindungan Takaful Termurah, Hanya RM50 Sebulan! MAA Takaful tidak lupa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan menawarkan pakej takaful dengan caruman bulanan serendah RM50 sebulan. Dengan RM50 sebulan, anda akan mendapat manfaat seperti...

Readmore

MAA Takafulink Pendidikan - Pelan Simpanan Pendidikan... PENGENALAN Kos pendidikan meningkat saban tahun dan bagi setiap insan yang bergelar ibu-bapa perlu menyediakan satu dana yang terjamin bagi memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke menara...

Readmore

Teralogies – Inovatif, Kreatif, Kritis Rss

Perancangan Kewangan – Aliran Tunai

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Kewangan | Diposkan pada 18-05-2010

8

Jika kita membuat carian di Google tentang perancangan kewangan, terdapat pelbagai teori atau cara untuk menguruskan kewangan. Namun begitu, setiap teori atau cara tersebut tidak semestinya dapat diikuti seratus peratus kerana ia perlu disesuaikan dengan gaya perbelanjaan seseorang.

Untuk memulakan perancangan kewangan, seseorang perlu kembali kepada asas iaitu memeriksa aliran tunai. Aliran tunai bermaksud pergerakan kewangan dari segi kemasukan dan keluar wang bagi menentukan terdapat lebihan atau kekurangan sesuatu perbelanjaan pada tempoh tertentu. Bagi yang mengendalikan perniagaan, memeriksa aliran tunai perniagaan adalah wajib bagi menentukan sama ada sesuatu perniagaan tersebut mendapat keuntungan atau mengalami kerugian.

Pengenalan Kepada Hak Cipta (Soalan Lazim)

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Hak Cipta, Harta Intelek | Diposkan pada 17-05-2010

9

Hak cipta merupakan salah satu cabang daripada harta intelek dan hasil kerja berkaitan hak cipta dilindungi oleh undang-undang. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang biasa ditanya berkenaan hak cipta yang diambil dari sumber MyIPO.

1. Apakah itu hakcipta?

Hakcipta adalah hak esklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka di Malaysia.

2. Apakah akta yang melindungi hakcipta?

Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.

3. Apakah karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta?

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah:
(i) Karya sastera;
(ii) Karya muzik;
(iii) Karya seni;
(iv) Filem;
(v) Rakaman bunyi;
(vi) Siaran (broadcast); dan
(vii) Karya terbitan.

Perancangan Kewangan

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Kewangan | Diposkan pada 12-05-2010

9

Mulai dari hari ini, saya akan mula memasukkan topik-topik berkaitan pengurusan kewangan dan juga keusahawanan di dalam blog ini. Malah saya juga telah menukar tema blog ini dari ‘Teknologi dan Inovasi’ kepada ‘Inovatif, Kreatif dan Kritis’ untuk meluaskan lagi skop kandungan blog ini.

Untuk permulaan, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perancangan kewangan. Perancangan kewangan adalah satu aspek penting dalam kehidupan. Dengan perancangan kewangan yang betul, kita akan dapat menguruskan kehidupan dengan lebih baik, teratur dan tenang.

PETIKAN BERITA: Pemilik Barangan Tiruan Adalah Pencuri – Ismail Sabri

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Harta Intelek | Diposkan pada 11-05-2010

5

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 pada sesi Parlimen akan datang dengan memperuntukkan kesalahan memiliki barangan tiruan dan cetak rompak sama seperti seperti memiliki barang curi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan amat komited berhubung isu ini dan akan menangani masalah ini sehingga peringkat akar umbi.

“Rakyat harus tahu yang salah tetap salah. Wajarlah kesalahan demikian dijadikan satu kesalahan jenayah,” katanya ketika merasmikan Kempen Membanteras Cetak Rompak 2010 yang diadakan di KL Sentral, semalam.

Gerak Gempur Cetak Rompak

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Harta Intelek | Diposkan pada 10-05-2010

10

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengisytiharkan penguatkuasaan penuh terhadap segala bentuk cetak rompak mulai 10 Mei 2010 yang akan dikenali sebagai Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR).

Gerak Gempur Cetak rompak akan disertai oleh agensi kerajaan seperti polis, kementerian berkaitan, MyIPO dan juga syarikat-syarikat swasta. Objektif Gerak Gempur Cetak Rompak ini akan mengandungi perkara berikut:

Perisian Sumber Terbuka Untuk Sistem Operasi Windows

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Perisian, Umum | Diposkan pada 06-05-2010

20

Tahukah anda terdapat banyak perisian sumber terbuka yang boleh digunakan bersama sistem operasi Windows? Anda tidak perlu membelinya kerana ia adalah percuma dan boleh dimuat turun. Fungsinya setanding perisian sumber tertutup yang perlu dibeli untuk mendapatkan lesen penggunaannya.

Perisian sumber terbuka dibangunkan oleh pembangun perisian bagi memberi alternatif kepada pengguna untuk menggunakan sesuatu perisian dengan kos percuma disamping memperoleh fungsi yang setanding dengan perisian berbayar. Di sini saya ingin kongsikan beberapa perisian sumber terbuka yang boleh digunakan pada platform Windows:

Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Cap Dagangan, Harta Intelek | Diposkan pada 30-04-2010

9

Pada entri yang lepas, saya telah menjawab satu e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang prosedur pendaftaran cap dagangan atau trade mark. Disebabkan kesuntukan masa, saya hanya sempat membalas secara ringkas emel tersebut.

Kali ini, saya akan menerangkan lebih lagi berkenaan prosedur pendaftaran cap dagangan. Ini bagi membantu masyarakat di luar sana untuk mendaftarkan jenama sesuatu produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh mereka.

E-Mel Pembaca

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Cap Dagangan, Harta Intelek | Diposkan pada 28-04-2010

7

Saya telah menerima e-mel di bawah bertanyakan tentang proses pendaftaran cap dagangan yang saya ingin kongsi untuk pembaca.

From: mimi

Message: bagaimana hendak m’dftrkn jenama produk sbg 1 trademark??
apa lgkh-2 yg harus dibuat???
pihak manakah yg harus dihubungi??

Jawapan saya adalah:

PETIKAN BERITA: Melindungi harta intelek syarikat IKS tempatan

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Harta Intelek | Diposkan pada 23-04-2010

7

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyorot satu pengalamannya mengenai kerugian besar yang dialami seorang pengusaha produk air mineral.

Ketika itu, air mineralnya amat digemari ramai. Sebut sahaja jenamanya, pasti mendapat tempahan tinggi daripada para peniaga berdekatan Alor Setar, Kedah.

Sayangnya, Hilmi (bukan nama sebenar) tidak mengendahkan keperluan produk air mineral keluarannya mempunyai cap dagangan. Ketika air mineralnya kian mendapat tempat di hati pelanggan, suatu hari Hilmi terpandang sebotol air mineral yang seakan-akan mirip produk keluarannya. Malang segalanya sudah terlambat. Beberapa minggu kemudian, Hilmi disaman kerana didakwa menciplak produk air mineral sebuah syarikat kecil di ibu negeri Kedah itu.

PETIKAN BERITA: Ismail Sabri: Kesedaran Mengenai Harta Intelek Penting

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Harta Intelek | Diposkan pada 22-04-2010

3

Penganjuran Hari Harta Intelek dibawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 26 dan 27 April ini telah masuk edisi keenam.

Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai elemen yang terdapat dalam harta intelek dan kepentingan mengenai perkara itu terutama kepada peniaga yang terlibat dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Atas dasar tersebut, pihak kementerian menfokuskan sambutan tahunan Hari Harta Intelek tahun ini khusus untuk pemahaman kepada usahawan IKS selain mendokong Model Ekonomi Baru (MEB) yang memberi penekanan kepada kreativiti dan inovasi secara komprehensif.

Ikuti wawancara khas wartawan mStar Online MOHD AL QAYUM AZIZI bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerangkan mengenai harta intelek.