Artikel Terbaru

PETIKAN BERITA: Empat syarikat usaha sama dapat lesen... KERAJAAN meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama. Syarikat berkenaan ialah usaha sama American International Assurance Bhd (70 peratus) dengan Alliance Bank...

Readmore

PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label... KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan sebagai tidak sah penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ sebagai label bagi beras keluaran syarikat Faiza Sdn Bhd. Hakim Datuk Azahar...

Readmore

Polisi Takaful Untuk Suami Tahukah anda seseorang isteri boleh mengambil takaful untuk suaminya? Ini boleh dilakukan dengan isteri akan menjadi peserta kepada pelan takaful tersebut manakala si suami akan menjadi orang yang dilindungi. Si...

Readmore

Perlindungan Takaful Termurah, Hanya RM50 Sebulan! MAA Takaful tidak lupa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan menawarkan pakej takaful dengan caruman bulanan serendah RM50 sebulan. Dengan RM50 sebulan, anda akan mendapat manfaat seperti...

Readmore

MAA Takafulink Pendidikan - Pelan Simpanan Pendidikan... PENGENALAN Kos pendidikan meningkat saban tahun dan bagi setiap insan yang bergelar ibu-bapa perlu menyediakan satu dana yang terjamin bagi memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke menara...

Readmore

Teralogies – Inovatif, Kreatif, Kritis Rss

PETIKAN BERITA: KPDNKK Percepat Pinda Akta Berkaitan Harta Intelek

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Harta Intelek | Diposkan pada 18-03-2010

0

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mempercepatkan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Hakcipta 1987, Akta Paten 1983 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 bagi mempertingkatkan perlindungan harta intelek sektor industri tempatan.

Dijangka mula dibentangkan di Parlimen Jun ini, pindaan itu dibuat ekoran kegagalan banyak syarikat terutama di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) membuat pendaftaran.

Harta Intelek – Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Harta Intelek, Reka Bentuk Perindustrian | Diposkan pada 17-03-2010

0

Industrial_Design

Untuk topik berkaitan harta intelek kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas pengenalan kepada reka bentuk perindustrian. Reka bentuk perindustrian merupakan salah satu cabang harta intelek yang menumpukan kepada perlindungan reka bentuk barangan. Undang-undang berkenaan reka bentuk perindustrian di Malaysia berada di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Secara amnya, reka bentuk perindustrian bermaksud sebarang bentuk,  tatarajah, corak atau ukiran yang diterapkan kepada suatu objek  melalui sebarang proses industri. Objek tersebut mestilah dalam bentuk yang sudah siap dan mampu menarik perhatian mata pengguna.

Formula 1 dan Penjenamaan

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Teknologi | Diposkan pada 15-03-2010

0

mercedesGP

Semalam telah bermulanya musim Formula 1 untuk sesi 2010. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan Ferrari dengan kedudukan 1-2. Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Mc Laren Mercedes. Michale Schumacher yang membuat kemunculan kembali bersama pasukan Mercedes GP Petronas hanya mampu berada di tempat ke 6.

Sukan Formula 1 terkenal dengan sukan berkos tinggi kerana memerlukan penggunaan teknologi yang canggih bagi merekabentuk dan menggerakkan kereta Formula 1. Sudah pasti dana yang besar diperlukan bagi menampung kos operasi perlumbaan kereta Formula 1 ini. Kos operasi bukan sekadar kos kereta Formula 1 sahaja, ini termasuk kos-kos pengurusan lain seperti bayaran gaji pekerja, lojistik, premis dan sebagainya. Kos bagi satu pasukan Formula 1 untuk beroperasi adalah sekitar RM240,000,000 setahun!

Harta Intelek – Ciri-ciri Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Cap Dagangan, Harta Intelek | Diposkan pada 13-03-2010

1

tm

Untuk entri kali ini, saya akan menyambung topik berkenaan cap dagangan. Sebelum sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan, adalah penting bagi kita mengetahui sama ada cap dagangan tersebut boleh didaftarkan atau tidak.

Akta Cap Dagangan 1976 telah menggariskan beberapa ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan. Berikut disenaraikan ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan:

Pengalaman di Hospital Selayang

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Teknologi | Diposkan pada 10-03-2010

6

Selayang

Entri kali ini mungkin kelihatan tiada kaitan dengan tema blog ini, tapi masih lagi mempunyai iras-iras kepada dunia teknologi dan inovasi. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah pengalaman saya berkampung untuk beberapa hari di Hospital Selayang sempena kelahiran anak sulung saya di sana.

Kelahiran anak sulung saya pada 4 Mac 2010 adalah diluar jangkaan saya kerana ia adalah hampir dua bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan iaitu 24 April 2010. Kelahiran awal tidak dapat dielakkan kerana isteri saya mengalami tekanan darah yang amat tinggi ketika melakukan pemeriksaan rutin di Klinik kesihatan Kelana Jaya dan terus di hantar dengan menaiki ambulan ke Hospital Selayang.

Terjemahkan Laman Web Bahasa Melayu Anda dengan Google Translate

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Internet, Pelayar Web, Teknologi | Diposkan pada 03-03-2010

2

Google Translate

Google Translate merupakan satu lagi aplikasi web yang ditawarkan oleh Google untuk menterjemahkan perkataan dan laman web. Selain itu, ia juga berkeupayaan untuk menterjemah fail dokumen seperti ‘word’ dan ‘pdf’ ke dalam pelbagai bahasa yang disokong oleh Google Translate. 

Saya sendiri telah menggunakan aplikasi ini untuk laman ini dengan meletakkan satu pautan ‘English Version’ di bahagian tepi laman ini untuk memudahkan pembaca berbahasa inggeris membaca laman web ini

Kira Gaji Bersih Anda

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Internet | Diposkan pada 02-03-2010

0

Payroll_my

Saya ingin berkongsi satu laman web yang membolehkan kita mengira gaji bersih kita setelah ditolak perkara-perkara seperti KWSP, SOCSO dan sebagainya. Agak menarik laman ini bagi mereka yang ingin mengetahui berapa banyak yang ditolak dari gaji kita.

http://www.payroll.my

Pelayan Web (Hosting) Percuma

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Internet, Pelayan Web | Diposkan pada 28-02-2010

2

174427-geocities_logo_original

logo.tripod-toolbar

Hari ini, sedang saya melayari internet, saya teringat bahawa saya telahpun mempunyai laman web saya sendiri seawal tahun 2001.  Laman web yang saya maksudkan ialah Fikrah Interaktif. Ketika itu saya masih lagi  menuntut di universiti dan saya membangunkan laman web tersebut ketika cuti semester.

Saya sangkakan laman web tersebut telah luput kerana saya sendiri telah lama tidak log masuk ke akaun laman web tersebut dan malah sudah lama tidak menjengahnya. Tetapi semasa saya membuat carian di Google, saya dapati laman tersebut masih wujud. Untuk makluman, laman web Fikrah Interaktif ini saya muatkan pelbagai koleksi artikel agama, teknologi dan kaunseling.

Apa yang saya ingin saya kongsi kali ini adalah berkenaan pelayan web. Ketika saya membangunkan laman web Fikrah Interaktif, saya menggunakan pelayan web yang dihoskan Tripod.

Pelayar Web (Browser) Pilihan Anda

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Internet, Mozilla Firefox, Pelayar Web, Teknologi | Diposkan pada 25-02-2010

2

firefox_iegoogle-chrome-logo-711569

Pelayar web atau browser adalah aplikasi penting untuk melayari internet. Pelayar web menterjemahkan bahasa-bahasa pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat difahami pelayar internet. Ketika awal kemunculan internet, apa yang terpapar di pelayar web ketika itu hanyalah simbol-simbol dan huruf dan tiada sebarang grafik dipaparkan.

Sejarah pelayar web yang menyokong paparan grafik bermula pada tahun 1993 dengan kemunculan pelayar web Mosaic. Mosaic merupakan pelayar web pertama yang menyokong paparan grafik. Pelayar web Mosaic banyak mempengaruhi reka bentuk dan fungsi pelayar web yang wujud pada hari ini. Mosaic telah digunakan pada sistem operasi Windows dan Mac pada awal kemunculannya.

PETIKAN BERITA – Harapan dan impian PM terhadap bidang animasi

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Animasi, Teknologi | Diposkan pada 24-02-2010

3

wallpaperui02

USOP Sontorian, Kampung Boy, Upin & Ipin, Anak Anak Sidek dan Geng: Pengembaraan Bermula adalah antara siri animasi TV atau filem yang diterbitkan hasil daripada kegigihan, semangat tinggi dan kesungguhan karyawan yang menyintai animasi. Mereka bergerak secara sendirian. Kalaupun ada bantuan, jumlahnya amat minimum.

Sesetengah siri animasi itu sudah tiada kerana stesen TV menamatkan penerbitannya. Stesen TV tidak memberi peluang langsung kepada syarikat penerbitannya untuk terus mengembangkan, memajukan dan seterusnya mengangkat hasil animasi mereka sebagai produk nasional yang boleh dipasarkan ke luar negara. Ada animasi yang diulang siar banyak kali.