Perkhidmatan Pendaftaran Cap Dagangan (Trade Mark)
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Cap Dagangan | Posted on 07-07-2010
4
Kepada semua usahawan di luar sana, mulai hari ini saya menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan juga luar negara. Antara perkhidmatan yang saya tawarkan ialah:
- Carian cap dagangan
- Penentuan kelas barangan cap dagangan
- Pengisian borang permohonan cap dagangan
- Menghantar permohonan cap dagangan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
- Pindaan perkara-perkara berkaitan cap dagangan
- Menyediakan hujahan bertulis untuk rayuan pendaftaran cap dagangan
- Mewakili pemohon untuk sesi pendengaran (hearing) bagi tujuan rayuan pendaftaran cap dagangan
- Memproses borang setujuterima untuk penerbitan warta kerajaan
- Pembaharuan cap dagangan
- Mengendalikan kes bangkangan ke atas cap dagangan (trade mark opposition)
- Mengendalikan proses pendaftaran cap dagangan di luar negara.
Jika memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan di atas, sila hubungi saya untuk mendapatkan sebut harga. Harga yang ditawarkan insyaAllah berpatutan.
Tel: 019-3781629 (Azizi) Emel: azizizulkefli@gmail.com
*Urusan pendaftaran cap dagangan akan diuruskan syarikat Tee IP Sdn Bhd, Ejen Cap Dagangan berdaftar dengan MyIPO







aku mark untuk kegunaan akan datang entry ni… tq bro
Sama2. Perkhidmatan untuk manfaat bersama.
boleh nanti akan diusahakan…

zik´s last blog ..Andrew Zimmern tewas dengan Buah durian
Betul, tu sbb sblm buat pendaftaran kena buat carian dulu untuk pastikan slogan atau logo kita tak sama dgn org lain.
Used Machinery´s last blog ..Mechanism at its best……-