Artikel Terbaru

PETIKAN BERITA: Empat syarikat usaha sama dapat lesen... KERAJAAN meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama. Syarikat berkenaan ialah usaha sama American International Assurance Bhd (70 peratus) dengan Alliance Bank...

Readmore

PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label... KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan sebagai tidak sah penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ sebagai label bagi beras keluaran syarikat Faiza Sdn Bhd. Hakim Datuk Azahar...

Readmore

Polisi Takaful Untuk Suami Tahukah anda seseorang isteri boleh mengambil takaful untuk suaminya? Ini boleh dilakukan dengan isteri akan menjadi peserta kepada pelan takaful tersebut manakala si suami akan menjadi orang yang dilindungi. Si...

Readmore

Perlindungan Takaful Termurah, Hanya RM50 Sebulan! MAA Takaful tidak lupa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan menawarkan pakej takaful dengan caruman bulanan serendah RM50 sebulan. Dengan RM50 sebulan, anda akan mendapat manfaat seperti...

Readmore

MAA Takafulink Pendidikan - Pelan Simpanan Pendidikan... PENGENALAN Kos pendidikan meningkat saban tahun dan bagi setiap insan yang bergelar ibu-bapa perlu menyediakan satu dana yang terjamin bagi memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke menara...

Readmore

Teralogies – Inovatif, Kreatif, Kritis Rss

Tabung Persaraan Pengarah/Pemilik Syarikat dengan Khairat Kematian RM1 Juta

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Umum | Posted on 16-07-2010

1

TABUNG PERSARAAN PENGARAH/PEMILIK SYARIKAT ( MAA TAKAFULINK DIRECTOR PROVIDENT FUND)


PENGENALAN

MAA Takafulink Director Provident Fund (DPF) atau Tabung Persaraan Pengarah atau Pemilik Syarikat merupakan satu pelan simpanan dan pelaburan komprehensif bagi tujuan persaraan seseorang pengarah atau pemilik syarikat. Dengan kadar keuntungan yang tinggi, penyimpan juga akan mendapat perlindngan khairat kematian dan tabung hilang upaya kekal sehingga RM 1 juta yang boleh diwaris atau dihibah kepada waris terdekat atau mereka yang berkepentingan di dalam syarikat.

DANA SYARIAH MAA TAKAFULINK

Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana terpilih MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan. Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.

PENGECUALIAN SIMPANAN

Jika seseorang penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, simpanan bulanan penyimpan akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga penyimpan meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Ini bermakna, penyimpan akan menikmati simpanan bulanan secara percuma jika telah disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.

KHAIRAT KEMATIAN

Pelan simpanan menerusi MAA Takafulink Director Provident Fund (DPF) menyediakan khairat kematian yang tinggi dan boleh mencecah jutaan ringgit bergantung kepada jumlah simpanan bulanan atau tahunan penyimpan. Khairat kematian ini boleh digunakan oleh waris untuk pelbagai tujuan seperti tujuan pelaburan oleh waris, pembelian saham syarikat penyimpan oleh waris bagi meneruskan aktiviti syarikat dan tujuan-tujuan lain yang memberi manfaat kepada waris dan individu-individu berkaitan.

TABUNG HILANG UPAYA KEKAL

MAA Takafulink Director Provident Fund (DPF) juga menyediakan tabung kecemasan jika penyimpan mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk menguruskan syarikat.

KOMITMEN JANGKA PANJANG

Pelan simpanan MAA Takafulink Director Provident Fund (DPF) ini adalah komitmen jangka panjang. Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara konsisten untuk satu tempoh yang panjang.

MANFAAT BERGANDA

Walaupun penyimpan atau waris telah menerima wang hasil dari tabung khairat kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN SIMPANAN INI, HUBUNGI 019-3781629 (AZIZI) ATAU EMEL azizizulkefli@gmail.com

*Keuntungan tahunan 12% berdasarkan prestasi dana Balanced Fund MAA Takaful 2009

*Kelayakkan khairat kematian sebanyak RM1 juta berdasarkan profil penyimpan yang berusia 30 tahun dan simpanan RM1000.00 sebulan

Komen (1)

Tulis komen anda

CommentLuv Enabled