Perancangan Kewangan – Aliran Tunai

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Kewangan | Posted on 18-05-2010

8

Jika kita membuat carian di Google tentang perancangan kewangan, terdapat pelbagai teori atau cara untuk menguruskan kewangan. Namun begitu, setiap teori atau cara tersebut tidak semestinya dapat diikuti seratus peratus kerana ia perlu disesuaikan dengan gaya perbelanjaan seseorang.

Untuk memulakan perancangan kewangan, seseorang perlu kembali kepada asas iaitu memeriksa aliran tunai. Aliran tunai bermaksud pergerakan kewangan dari segi kemasukan dan keluar wang bagi menentukan terdapat lebihan atau kekurangan sesuatu perbelanjaan pada tempoh tertentu. Bagi yang mengendalikan perniagaan, memeriksa aliran tunai perniagaan adalah wajib bagi menentukan sama ada sesuatu perniagaan tersebut mendapat keuntungan atau mengalami kerugian.