E-book – Panduan Asas Takaful

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 15-02-2011

0

Ketika ini saya dalam rangka terakhir menyiapkan e-book pertama saya berjudul Panduan Asas Takaful. Saya jangkakan buku ini boleh mula dilanggan selewat-lewatnya hujung bulan ini. Soal harga saya masih memikirkan sama ada memberikan e-book ini secara percuma atau saya akan kenakan harga minima memandangkan kandungan e-book ini cukup bernilai dan berguna di dalam pemilihan produk-produk takaful yang sesuai.

Antara yang akan disentuh di dalam e-book ini ialah asas kepada sistem takaful, tujuan sistem takaful di adakan dan penerangan mengenai produk-produk takaful yang berada di pasaran. Saya akan membuat pengumuman rasmi di laman ini dan juga laman sosial Facebook dan Twitter apabila e-book ini dilancarkan untuk langganan nanti.

Nantikan kemunculan e-book ini!

UPDATE: Saya menjangkakan akan berlaku kelewatan untuk saya lancarkan e-book ini memandangkan saya agak sibuk kebelakangan ini. Saya akan cuba menyiapkan e-book ini secepat mungkin dan akan cuba melancarkannya dalam bulan Mac ini. Harap maaf atas kelewatan.