Perancangan Kewangan – Pertimbangan Perbelanjaan (Keperluan & Kehendak)

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Kewangan | Posted on 19-05-2010

6

Seperti yg saya janjikan sebelum ini, saya akan berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam perbelanjaan harian kita.

Sebagaimana yang kita maklum, perbelanjaan merupakan salah satu cara bagi seseorang untuk mendapatkan keperluan dan kehendak sesuatu perkara. Perbelanjaan yang dikeluarkan sudah pasti datang dari hasil pendapatan sama ada dari gaji bulanan, upah, komisyen dan sebagainya.

Namun begitu, perbelanjaan perlulah dikawal bagi memastikan aliran tunai kewangan kita berada di dalam keadaan positif dan tidak mengalami defisit. Jadi, untuk mendapatkan aliran tunai kewangan yang positif, perbelanjaan harian perlu dikawal dan satu perancangan perbelanjaan perlu dibuat bagi mencapai tujuan ini.