Kad Perubatan Takaful Tanpa Had (Takaful Medical Card Unlimited)

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 13-03-2014

0

20130820_133646

Ramai bertanya kepada saya apa lebihnya kad perubatan dari MAA Takaful ini. Walaupun segala kelebihan dan penerangan telah saya nyatakan di dalam artikel khas kad perubatan di sini, namun soalan tentang kelebihan masih ditanya.

Untuk tidak menghampakan, di bawah adalah ringkasan kelebihan kad perubatan dari MAA Takaful ini:

  • Tidak mempunya had seumur hidup (Life time Unlimited)
  • Satu-satunya kad perubatan yang memberikan khairat kematian sebanyak RM5,000.00.
  • Memberi perlindungan sehingga umur 80 tahun.
  • Boleh diambil sebagai kad perubatan sahaja (standalone) atau diambil sekali dengan mana-mana pelan takafulink (rider)
  • Boleh diambil oleh individu atau syarikat.
  • Caruman yang rendah.
  • Tempoh menunggu untuk menggunakan kad ini bagi kes denggi hanya 21 hari (syarikat lain 30 hari).
  • Mempunyai 99 buah panel hospital seluruh Malaysia.

Jika perlukan penerangan lanjut tentang kad perubatan tanpa had ini (medical card unlimited), boleh hubungi saya di talian 019-3781629 (Call /SMS / Whatsapp / Viber / Telegram) atau emel ahmadazizi.zulkefli@gmail.com.

 

PETIKAN BERITA: MAA Takaful Umum Agihan Menarik Bagi Dananya

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 14-01-2011

0

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — MAA Takaful Bhd telah mengumumkan pulangan penarik bagi dana berkaitan pelaburannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010.

Di bawah dana ekuiti dan seimbangnya, katanya unit bonus bagi Shariah Growth Fund ialah 16 unit bagi setiap 100 unit yang dipegang, yang mewakili pulangan 21.82 peratus manakala Shariah Balanced Funds memberikan 13 unit bagi setiap 100 unit yang dipegang atau pulangan 16.69 peratus.

Sementara itu, Shariah Flexi Fund mencatatkan pulangan 5.77 peratus, kata syarikat pengurusan dana itu dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Katanya dana pendapatannya telah mengumumkan dividen 2.0 sen seunit bagi Shariah Income Fundnya, yang mewakili pulangan 5.44 peratus.

“Pengisytiharan itu mencerminkan pulangan yang menarik bagi dana berkenaan kerana kedua-dua Shariah Growth Fund dan Shariah Balanced Fund terus menerima penarafan nombor satu di kalangan dana takaful yang sama di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain.

Katanya MAA Takaful juga merupakan satu-satunya pengendali takaful di Malaysia menawarkan Shariah Flexi Fund.

– BERNAMA

MAA Takafulink

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 19-10-2010

8

Sebelum ini saya telahpun menyiarkan beberapa produk MAA takaful di dalam blog ini yang pada umumnya menarik minat ramai pelawat laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk tersebut. Dua produk yang paling mendapat sambutan ialah MAA Takafulink Wanita dan Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic. Majoriti pelawat singgah ke laman web ini melalui enjin carian dan Alhamdulillah, laman Teralogies menduduki antara laman web teratas bagi beberapa kata kunci seperti ‘MAA Takaful’, ‘Kad Perubatan MAA Takaful’ dan ‘Hibah Takaful’. Dan saya ramai mendapat pelanggan takaful hasil dari carian di laman carian seperti Google dan Yahoo. Tak sia-sia juga saya banyak menghabiskan masa untuk belajat tentang Search Engine Optimization (SEO) bagi laman Teralogies ini mudah dicari oleh enjin-enjin carian.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang produk utama yang menjadi teras kepada produk-produk MAA Takaful yang lain, iaitu MAA Takafulink. MAA Takafulink merupakan produk takaful berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian dan hilang upaya kekal dan manfaat-manfaat tambahan lain disamping peserta berpeluang membuat pelaburan kewangan menerusi pelan ini di dalam dana-dana syariah MAA Takaful. MAA Takafulink telah pun dua tahun berturut-turut memenangi anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009 dan 2010 sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur tahun 2009 dan 2010. Kemenangan adalah berdasarkan keunikan produk dan nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang digunakan.

PETIKAN BERITA: MAA Takaful sasar RM1b

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 21-09-2010

0

70 peratus pendapatan syarikat sumbangan ejen ada CMFA

MAA Takaful Bhd menyasar pemerolehan pendapatan RM1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dibantu usaha giatnya melahirkan ejen insurans yang mempunyai kelulusan profesional dan komited.

Ketua Eksekutifnya, Salim Majid Zain, berkata bagi mencapai sasaran itu, MAA Takaful yang kini mempunyai kira-kira 11,000 ejen dengan hampir separuh daripadanya ejen aktif, menyasarkan kira-kira 1,000 daripada ejen berkenaan akan mempunyai kelulusan Pengurus Penasihat Kewangan Bertauliah (CMFA) menjelang tempoh berkenaan. Beliau berkata, memiliki ejen dengan kelulusan CMFA membolehkan syarikat menawarkan perkhidmatan lebih baik dan berkesan kepada pelanggan, sekali gus mampu menjana pendapatan yang lebih baik untuk syarikat. Ini terbukti kerana kira-kira 70 peratus pendapatan syarikat kini disumbangkan oleh ejen kami yang memiliki CMFA, katanya kepada media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara MAA Takaful dengan LIMRA International (LIMRA) dan Center for Research and Training bagi tujuan latihan kepemimpinan, pensijilan profesional serta pengiktirafan antarabangsa untuk ejen insuran syarikat itu.

MAA Takaful Rangkul Anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2010

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 04-08-2010

9


MAA Takaful sekali lagi telah merangkul anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2010 (KLIFF). Ini bermakna MAA Takaful telah menerima anugerah ini dua tahun berturut-turut 2009 & 2010 dan tiada sebarang kesangsian lagi bahawa produk MAA Takaful adalah yang terbaik.

Kepada yang masih lagi tercari-cari produk takaful yang bersesuaian dengan anda, jangan ragu lagi, pilihlah MAA Takaful sebagai pengendali takaful pilihan anda dan juga keluarga.

Azizi Zulkefli
Perunding Takaful
MAA Takaful Berhad
Tel: 019-3781629
E-Mel: azizizulkefli@yahoo.com / azizizulkefli@gmail.com
Laman Web: http://www.teralogies.com

Apa Keperluan Takaful Anda?

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful, Umum | Posted on 30-07-2010

0

Kenapa kita menyertai takaful? Adakah kerana kita nak dapat elaun ribuan ringgit bila masuk hospital? Atau adakah untuk tujuan pelaburan?

Masih ramai di luar sana yang masih tidak jelas tentang keperluan takaful. Ramai yang menyertai takaful hanya sekadar cukup syarat atau dalam kata lain ‘asalkan ada cover’. Tetapi adakah apa yg diperoleh menerusi sesebuah pelan takaful memenuhi matlamat asal pemilikan sesuatu polisi takaful.

Sesebuah pelan takaful berdiri di atas pelan asas iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Sudah menjadi kelaziman setiap pelan asas didatangkan bersama dengan manfaat tambahan atau rider bagi member lebih pilihan manfaat kepada peserta. Namun begitu, setiap manfaat tambahan tidak diberikan secara percuma kerana ianya tertakluk kepada caj-caj yang tertentu. Di dalam sistem takaful, caj-caj ini dikenali sebagai caj-caj tabarru’.

Polisi MAA Takaful

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 27-07-2010

4

Kepada sesiapa yang tidak pernah lagi melihat rupa polisi MAA Takaful, gambar di atas menunjukkan Polisi MAA Takaful milik klien-klien saya sebelum ianya dihantar kepada mereka.

Hibah dan Wasi Dalam Pewarisan Wang Pampasan Takaful dan Insurans

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 19-07-2010

0

Pernahkan anda menyemak semasa anda meletakkan penama dalam borang penama takaful atau insurans sama ada ianya berada di dalam instrumen wasi atau hibah. Kedua-dua instrumen ini mempunyai kaedah pembahagian yang berbeza dan jika tidak berhati-hati, penama boleh menanggung dosa akibat tidak mengetahui cara sepatutnya wang pampasan takaful itu dibahagikan.

Majoriti pengendali insurans dan takaful di Malaysia menggunakan kaedah penama sebagai pemegang amanah atau wasi terhadap wang pampasan insurans atau takaful yang diterima. Sebagai pemegang amanah, seseorang itu tidak berhak secara sepenuhnya terhadap wang tersebut dan wang tersebut akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka yang akan  dibahagikan secara kaedah faraid.

Buku: Rahsia Mengurus Insurans Hayat

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 22-06-2010

6

Kepada yang masih lagi tercari-cari pelan takaful yang sesuai dengan keperluan anda, saya sarankan anda untuk membaca buku karangan Sunthara Segar berkenaan panduan mengurus insurans hayat. Walaupun buku ini secara umumnya berkisar kepada insurans, tetapi isi dan penerangannya juga sesuai untuk produk-produk takaful yang berada di pasaran. Ini kerana dari segi konsep dan produk, takaful dan insurans konvensional tidak banyak berbeza.

Buku ini akan memberi panduan dan tips bagaimana untuk memastikan pelan takaful atau insurans benar-benar memenuhi keperluan anda. Pengarang telah menerangkan bagaimana untuk mengira jumlah pendapatan kita yang harus dilindungi dan berapa jumlah perlindungan yang perlu kita miliki menerusi insurans atau takaful.

Contoh Pelan MAA Takaful

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 17-06-2010

57

Berikut adalah contoh-contoh pelan yang ditawarkan oleh MAA Takaful untuk rujukan anda yang bercadang untuk menyertai MAA Takaful. Pelan MAA Takaful menawarkan kadar pampasan yang tinggi bagi kematian dan hilang upaya kekal dengan caruman bulanan yang rendah.

Pelan 1

MAA Takafulink + Medical Card (RM130 sebulan) – Polisi Berasingan

Peserta: En.X
Umur: 25

Pecahan Pelan:

Caruman Takafulink:
RM75.00 sebulan
Manfaat Kematian: RM75,000
Manfaat Hilang Upaya Kekal: RM75,000
Manfaat Tambahan: i) Pelepasan Caruman Jika Mengidap 36 Penyakit Kritikal
ii) Tuntutan 36 penyakit kritikal RM20,000
iii) Elaun Harian Hospital RM100 sehari
Jangkaan Manfaat Pelaburan: RM44,692 (Pada umur 65 tahun dengan kadar keuntungan 8%)

Caruman Medical Card: RM55.00 sebulan
Pelan: 2
Had Tahunan: RM100,000
Had Seumur Hidup: RM300,000
Khairat Kematian: RM5000
Tiada Ko-Takaful 10%