Apa Keperluan Takaful Anda?

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful, Umum | Posted on 30-07-2010

0

Kenapa kita menyertai takaful? Adakah kerana kita nak dapat elaun ribuan ringgit bila masuk hospital? Atau adakah untuk tujuan pelaburan?

Masih ramai di luar sana yang masih tidak jelas tentang keperluan takaful. Ramai yang menyertai takaful hanya sekadar cukup syarat atau dalam kata lain ‘asalkan ada cover’. Tetapi adakah apa yg diperoleh menerusi sesebuah pelan takaful memenuhi matlamat asal pemilikan sesuatu polisi takaful.

Sesebuah pelan takaful berdiri di atas pelan asas iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Sudah menjadi kelaziman setiap pelan asas didatangkan bersama dengan manfaat tambahan atau rider bagi member lebih pilihan manfaat kepada peserta. Namun begitu, setiap manfaat tambahan tidak diberikan secara percuma kerana ianya tertakluk kepada caj-caj yang tertentu. Di dalam sistem takaful, caj-caj ini dikenali sebagai caj-caj tabarru’.

Kad Perubatan (Smart Medic 200 Medical Card) MAA Takaful

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Takaful | Posted on 11-06-2010

214

SM200

20130820_133646

DAFTAR PERMOHONAN KAD PERUBATAN ANDA SECARA ONLINE HARI INI! MUDAH DAN CEPAT.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

KAD PERUBATAN MAA TAKAFUL KINI TANPA HAD SEUMUR HIDUP!!!

 

PENGENALAN

MAA Takaful Smart Medic 200 merupakan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.

TIADA KO-TAKAFUL UNTUK PESERTA BERUMUR 16 TAHUN DAN KE ATAS

Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10% bagi  peserta berumur 16 tahun dan ke atas. Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung 100%.